JDT bakal bawa masuk pemain Belgium

Dalam perkembangan terkini bolasepak selatan tanah air, dikatakan Johor Darul Ta’zim mengatakan mereka tidak berpuas dengan apa yang telah mereka ada sehingga kini. Namun mereka akan terus cuba memperkembangkan infrastruktur dan lain-lain.

Ini adalah antara usaha yang ingin terus dilakukan oleh pemilik kelab Tunku Mahkota Johor (TMJ)  dalam membesarkan projek kelab itu dan terus ke hadapan.

Antara yang menarik juga berkemungkinan besar Johor Darul Ta’zim akan membawa masuk pemain berketurunan Malaysia-Belgium  Dion Johan Cools.

Ini selepas ada sebuah portal bolasepak di Belgium mengaitkan perpindahan pemain bek kanan Club Brugge itu ke Johor darul ta’zim pada Januari akan datang.

Bukan itu sahaja, yang menarik Dion juga sebelum ini ada mengatakan hasratnyau untuk menyarung jersi Malaysia pada masa akan datang didalam story instagram miliknya.

Pemain ini pernah beraksi bertemu dengan pasukan Paris Saint- Germain iaitu selama 3 minit untuk kelab Club Brugge dan turun dalam aksi Liga Juara-juara Eropah (UCL) pada 7 November lalu.

Menurut sembangbola sekiranya pemain ini benar-benar dibawa ke Johor DT maka berkemungkinan besar pemain itu adalah pengganti kepada S.Kunanlan yang kini sudah menjangkau 34 tahun.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*