Suami Mengamvk Cabut Kayu Rumah, Isteri Balik PJJ Terus Tinggal Dengan Lelaki Lain

Baru-baru ini, tvlar kisah seorang lelaki mengamuk apabila menerima perkhabaran buruk daripada isterinya yang baru pulang selepas 10 tahun PJJ di Hong Kong.

Lebih menghairankan hati suaminya itu apabila si isteri yang dikenali sebagai Anjar Trisnawati tiba-tiba mengupah peguam untuk menuntut perp1sahan walaupun rumah tangga mereka baik sahaja.

Ada udang di sebalik batu

Namun siapa sangka, rupanya rahsia wanita berkenaan terbongkar apabila dia didapati curang bersama lelaki lain.

Memetik laporan Sindonews, sekembalinya ke negara asal wanita itu tinggal di rumah lelaki lain yang juga merupakan warga tempatan di Desa Carangrejo, Jawa Timur.

Nekad bersama kekasih gelap sebab dah selesa berdua

Bukan itu sahaja, wanita itu juga nekad untuk dilepaskan oleh suaminya atas alasan sudah selesa hidup bersama kekasih gelap.

Kecewa dan marah dengan perkhabaran itu, si suami pun bertindak merobohkan rumah yang dahulunya dibina bersama isteri.

Sakit hati, suami cabut semua kayu di rumah dengan bantuan penduduk lain

Malah, dia mencabut setiap kayu yang dipasang dan mengambilnya semula kerana ia milik keluarga sebelah lelaki. Dalam pada itu, dia hanya meninggalkan bangunan rumah yang menjadi milik isterinya.

Simpati dengan nasib malang yang menimpa lelaki itu, penduduk sekitar turut bekerjasama membantu merobohkan rumah tersebut.

Tonton video penuh:

Sumber: Sindonews (Ahmad Subekhi), YouTube JTV Madiun

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*