FAM yakin selesaikan ISU PERLEPASAN PEMAIN


Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Dalam satu artikel yang disiarkan oleh HM pada hari mereka mengatakan bahawa Persatuan bolasepak Malaysia mempunyai Formula bagi menyelesaikan masalah perlepasan pemain bagi setiap peringkat umur.

Perkara ini berbangkit kembali selepas baru-baru ini mempertikaikan pemain yang tidak diberi perlepasan oleh Kelab dan Negeri untuk mewakili Negara dalam kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja sehingga mengakibatkan pasukan negara gagal untuk lepas daripada peringkat kumpulan.

FAM yakin selesaikan ISU PERLEPASAN PEMAIN

Berikut antara perkara yang akan dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia bagi menyelesaikan perkara ini agar tidak berulang pada masa hadapan dan seterusnya membangkitkan kualiti pasukan Malaysia disetiap lapisan peringkat umur.

FAM mengatakan bahawa mereka akan membawa cadangan kepada penganjur agar AFF dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) agar kejohanan yang dipertandingkan termasuk dalam kalendar FIFA pada masa depan. Ia akan memudahkan urusan agar pasukan melepaskan pemain.

“Selain perbincangan lebih awal dengan pihak berkepentingan mengenai tugasan skuad negara terutama bagi kejohanan peringkat umur 22 dan 23 tahun, FAM akan mengadakan perbincangan dengan AFF dan Konfederasi Bolasepak Asia ( AFC ).

FAM yakin selesaikan ISU PERLEPASAN PEMAIN

“FAM akan mencadangkan supaya kejohanan yang mereka anjurkan diubah mengikut kalendar FIFA pada masa depan. Ia sudah pasti akan memudahkan pasukan melepaskan pemain,” katanya.

Menurut peraturan sedia ada, setiap pasukan wajib melepaskan pemain kebangsaan untuk aksi kalendar FIFA dan kebiasaannya, saingan domestik akan dihentikan seketika.

Cadangan ini pasti akan membuka ruang kepada pemain peringkat umur untuk turut dilepaskan sekiranya dipanggil menyertai perlawanan atau kejohanan.

Ia bagaimanapun bakal menimbulkan sedikit masalah sekiranya pemain peringkat umur berkenaan turut disenaraikan bagi skuad senior namun ia mungkin boleh diselesaikan secara dalaman.

Tambah setiausaha FAM, masalah pelepasan pemain tidak saja membabitkan Malaysia namun bersifat global seperti dilalui penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min yang hanya dapat menyertai Korea Selatan selepas saingan di Piala AFC 2019 dan Sukan Asia 2018 bermula.

“Jadi bagi kempen kelayakan Kumpulan J, Kejuaraan B-23 AFC di Malaysia bulan depan, ia berlangsung dalam tempoh kalendar FIFA. Jadi saya percaya semua pasukan bertanding iaitu China, Laos, Filipina serta skuad negara akan dapat menurunkan pemain terbaik,” jelasnya.

Menurut Stuart, FAM sedih apabila skuad negara tidak mampu melangkah ke separuh akhir namun dari sudut positif ia membuka peluang kepada pemain yang ada untuk menimba pengalaman secara tidak langsung memberi manfaat kepada pasukan masing-masing.

Lima pemain yang tidak dilepaskan untuk aksi di Kemboja adalah Syahmi Safari (Selangor), Daniel Amier Norhisham (FELDA United), Zahril Azri Zabri (FELDA United), Faisal Abdul Halim (Pahang) dan Fadzrul Danel Nizam (Kedah). – HM

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*