Motosikal terbakar, Ebit Lew hadiahkan yang baharu
Simpati dengan nasib yang menimpa seorang lelaki orang asli yang tular selepas motosikal ditungganginya terbakar, penceramah terkenal, Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepadanya
Menerusi perkongsian terbaharu, Ebit Lew tampil menghadiahkan motosikal buat satu keluarga daif yang pernah menyentuh hati ramai apabila motosikal mereka terbakar ketika dalam perjalanan meminta bantuan.
Dalam kejadian tersebut, tiga beranak Orang Asli di Johor itu menaiki motosikal sebelum ianya terbakar dan menjadi tular di media sosial.
Difahamkan kejadian berpunca apabila motosikal yang ditunggang oleh bapa bersama dua anak lelakinya itu mengeluarkan percikan api di bahagian enjin, selain mereka tersesat jalan ketika dalam perjalanan.
“Sebak rasa baca pasal abang bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Hari ini saya belikan motor baharu hadiahkan kepada abang ini serta sedikit duit belanja.
“Terima kasih kepada Polis Johor bersama saya hari ini. Syukur ramai datang bantu,” katanya.
Hari ini saya belikan motor baru hadiahkan untuk abang ini serta sedikit duit belanja. Kami juga bawa barang dapur untuk 84 keluarga disitu. Beras dan barang dapur dari Elewsmart.
Sedih rasa bila Tok Batin tadi ucap terima kasih dan semua orang kampung situ kenal ajak bergambar. Allah tentukan dapat jumpa abang tadi. Comel jer anak-anak kecilnya.
Ramai orang kampung situ ulang kali cakap terima kaseh walau cuma bantuan makanan untuk semua. Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini.
Sumber: Ebit Lew
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply