Sehingga kini, tiada sebarang hantaran gambar bersama dibuat oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar selepas aktres jelita, Puteri Sarah Liyana sah bercerai pada 13 Jun lalu.
Mana tidaknya, ramai peminat terutama di kalangan netizen tidak sabar menanti dan mahu melihat gambar berdua Syamsul dan Ira di media sosial.
Netizen ‘serang’ Ira
Bagaimanapun, memetik Harian Metro, ada sumber mendedahkan antara punca ketiadaan gambar mereka berdua di media sosial adalah kerana Ira yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi diserang oleh netizen tempoh hari.
Sumber berkata, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini ada memuat naik gambar bersama suaminya, tetapi telah diturunkan semula.
“Selepas berita Puteri Sarah tarik saman terhadap Ira dan keluarganya disiarkan, keesokannya dia ada memuat naik gambar bersama Syamsul. Tapi, dalam seminit saja, selepas tu dipadam.
“Dengar kata, hantaran tu mendapat kecaman netizen. Itu sebab dia padam. Tapi, ada peminat sempat buat tangkap layar,”ujar sumber.
Syamsul pun tak ‘upload’ gambar bersama
Malah, suaminya, Syamsul Yusof juga masih tidak memuat naik atau berkongsi sebarang gambar mereka bersama di platform Instagram kecuali pengumuman yang dibuat tempoh hari.
Sebaliknya, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof lebih selesa berkongsi aktiviti seni dan momen bahagia bersama kedua-dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Sekadar rekod, Syamsul membuat pengumuman mengejut dengan menyatakan dirinya telah pun berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira.
Sumber: Harian Metro
Leave a Reply