“Dia ada ciri lelaki id4man..”Vida tak T0lak kalau berc1nta dengan Shuib

“Dia ada ciri lelaki id4man..”Vida tak T0lak kalau berc1nta dengan Shuib

Selepas kenyataan penyanyi Siti Nordiana, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida juga tidak terkecuali apabila terpalit usikan manja orang ramai dengan pelawak popular Shuib.

Menurut laporan Harian Metro, Vida berkata, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan Shuib apatah lagi pelawak tersebut memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya.

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

“Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya.

“Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,” kata pemilik nama Hasmiza Othman itu.

Bagaimanapun, jutawan berusia 50 tahun itu mengakui perlu melalui proses perkenalan dan restu terlebih dahulu sebelum ke fasa yang lebih serius.

Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.

“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,” ujarnya.

Menerusi laporan sebuah portal sebelum ini, Shuib yang juga bapa tunggal kepada empat orang anak berkongsi ciri-ciri wanita idamannya iaitu manja dan pandai menyanyi.

Sumber: Harian Metro

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*