Dah nampak aura bakal ibu tu. Muat naik video terbaru tapi ini yang warganet nampak pada Mira Filzah.

PETALING JAYA – Lebih setahun bergelar isteri, keterujaan peminat terhadap kehidupan berumah tangga pelakon popular Mira Filzah kembali mencri perhatian apabila didkwa sedang hamil anak sulung. Biarpun belum ada sebarang pengesahan dari bibir pemilik nama lengkap, Nur Amirah Filzah Badioezaman itu berkenaan perihal kehamilannya, ramai dalam kalangan warganet mula menitipkan ucapan tahniah menerusi ruangan komen satu perkongsian Instagramnya yang menampakkan ‘baby bump’ yang semakin jelas kelihatan.

Nampak macam ada ‘baby bump’. Eh, aura macam bakal ibu ni.”

Itu antara komen-komen yang ditinggalkan peminat sekali gus mencetuskan persoalan sama ada benar atau sebaliknya, figura yang pernah menerima jolokan ‘Malaysia’s ultimate girl’s next door’ daripada akhbar, South China Morning Post itu sedang berbadan dua.

Menerusi entri yang dimuat naik Mira, 28, ramai dalam kalangan pengikutnya memaklumkan bahawa fizikalnya kelihatan yang kian berisi dan ‘baby bump’ mula menampakkan bentuk. Sehingga kini, belum ada pengesahan mengiyakan atau menidakkan dkwaan tersebut dan usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan jawapan dari pihak Mira belum berhasil apabila panggilan telefon tidak berjawab dan pesanan mesej belum berbalas.

Ini bukan kali pertama, Mira digasak dengan persoalan tentang kehamilan. Sebelum ini, beberapa kali dia dihujani pertanyaan sama namun jawapannya yang diberikan tetap sama, dia tidak akan menyembunyikan kehamilan jika bakal beroleh rezeki menimang cahaya mata.

“Biasalah, apabila kita ‘single’ orang tanya bila hendak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila hendak menimang cahaya mata. Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya akan kongsi,” kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 dalam satu temu bual bersama media sekitar Mac lalu. Sebagai informasi, Mira mendirikan rumah tangga dengan arkitek, Wan Emir Astar, 31, pada 3 September tahun lalu.

Sumber : K ONLINE

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*