Bersalin tanpa ditemani, wanita sedih suami tak endah mesej minta azankan bayi
Seorang influencer wanita telah meluahkan rasa hati apabila mengenangkan nasib dirinya yang perlu melalui proses bersalin sendirian tanpa ditemani sesiapa.
Suami tiada menemani
Menerusi perkongsian influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau biasa disapa Cik Pia di aplikasi TikTok, dia telah memuat naik video ketika di katil wad bersalin sambil meninggalkan kapsyen berasa sedih apabila melihat para suami hadir menemani isterinya selepas bersalin, sedangkan dia tidak.
“Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan & kentalkan hati. Tapi bila dekat katil air mata terus jatuh jatuh sebab cemburunya sata kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isterinya,” tulisnya.
Ditinggalkan suami dalam keadaan hamil
Dia juga memaklumkan yang suaminya langsung tidak mahu datang untuk mengazankan anaknya dan tidak membalas sebarang mesej yang dihantar, begitu juga mesej yang dihantar kepada ayah lelaki tersebut.
Menerusi kapsyen yang disertakan lagi, dia menyatakan yang terdetik rasa cemburu apabila melihat kiri dan kanannya ada suami-suami yang menemani isteri tercinta.
“Saya ada mesej ayahnya untuk datang azankan zuriat dia tetapi tetap sama, tak ada respon. Saya bukan nak patah balik pada dia cuma saya nak dia ada tanggungjawab pada anak-anak je. So tak adalah nanti fitnah sata kata saya tak bagi tengok.
Kenapa saya menangis bukan sebab saya sedih ditinggalkan tetapi sebab tak tahu kenapa ditinggalkan untuk kali kedua dan dia tinggalkan bersama anak yang baru nak kenal dunia. Dengan tak ada bisnes, tak ada pendapatan, beban hutang kereta, tak ada nafkah. Kenapa buat macam ni dan buat lebih teruk dari yang pertama kali ditinggalkan,” ujarnya.
Rasa nak peluk kuat2
Perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata menzahirkan rasa simpati terhadap wanita itu.
Ada juga di antara mereka yang pernah mengalami nasib sama dan turut meninggalkan kata-kata semangat supaya influencer itu kuat serta tabah mengharungi dugaan ini.
Sumber: TikTok @norsufiajohari
Leave a Reply