Mangsa banjir bersalin atas perahu, diberi nama yang ‘unik’ iaitu Siti Noor Banjiriah.

SEORANG mangsa banjir di Indonesia yang sedang sarat hamil bernama Ernawati mengalami saat-saat bagi melahirkan cahaya mata.

Apabila mendengar wanita itu memerlukan bantuan, maka datanglah dua orang bidan ke rumahnya untuk membawa Ernawati ke hospital.

Malangnya keadaan banjir di kampung mereka agak teruk dengan hampir semua jalan raya ditenggelami air dan mereka terpaksa menggunakan perahu.

Sebaik sahaja menaiki perahu, Ernawati sudah tidak dapat menahan kesakitan dan merasakan bahawa bayinya sudah mahu keluar.

Tanpa melengahkan masa, dua orang bidan itu terus menolongnya untuk proses bersalin di atas perahu yang mereka naiki tersebut.

Kejadian tersebut dirakam menerusi sebuah video yang dikongsi oleh penduduk tempatan di laman sosial Facebook.

Menurut laporan Tribun News, salah seorang daripada bidan berkenaan dikenali sebagai Arfat menjelaskan bahawa rahim Ernawati sudah terbuka sejak empat saat selepas mereka menaiki perahu.

“Ketika kami datang, rahimnya sudah terbuka habis dan sudah sedia untuk melahirkan,” luah Arfat kepada pihak wartawan yang menemubual dirinya.

Tidak lama selepas itu, Ernawati selamat melahirkan seorang bayi perempuan sihat yang memiliki berat 3.3 kilogram selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu proses kelahiran anaknya itu.

“Alhamdulillah saya dan bayi saya yang lahir normal berada dalam keadaan sihat,” ujarnya.

Oleh itu bersempena dengan tempat lahir anaknya di atas perahu, bayi perempuan berkenaan diberi nama yang ‘unik’ iaitu Siti Noor Banjiriah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*