Bekas Presiden Perlis SEMBANG ada Peruntukkan 15 Juta


Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Akhirnya setelah dikatakan didesak oleh penyokong dan pihak pengurusan Datuk Amizal Shaifit Ahmad Rafie meletakkan jawatannya sebagai presiden Perlis FA. Namun perletakkan jawatannya turut mendapat respon daripada pihak Persatuan bolasepak Perlis.

PFA dalam satu kenyataan memberi satu amaran kepada Amizal agar beliau tidak melepaskkan diri sendiri dan wajib bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dalam pasukan Perlis.

Mereka (PFA) juga mengatakan apa yang dibuat oleh Amizal sekarang ini seperti lepas tanggan. Ini selepas Amizal meletak jawatan sebagai presiden serta merta tanpa pengetahuan Exco pada hari sabtu (hari ini).

amizal

“Bekas PResiden ini tidak boleh menganggap dirinya sudah bebas dan lari macam tu sahaja selepas apa yang berlaku kepada Perlis. Dia hendaklah selesaikan segala tunggakan gaji pemain jangan sesekali lepas tangan.”

Sebelum ini Amizal dikatakan sudah mempunyai peruntukan RM15 juta untuk diberikan kepada semua pasukan yang berada di bawah pengurusan PFA tanpa memerlukan duit penaja. Ini menyebabkan pihak pengurusan begitu yakin dengannya (Amizal).

Tetapi apabila tercetus isu tunggakan gaji daripada pemain lama, pelbagai alasan diberikan sehingga segala kepercayaan terhadapnya hilang. Oleh disebabkan itu, satu per satu pemain Perlis angkat kaki meninggalkan Negeri itu.

Dan apbila diselidik oleh pihak MFL, didapati bahawa Perlis FA langsung tiada satu kedudukan kewangan yang kukuh dan menyebabkan pasukan ini disingkirkan terus daripada menyertai Liga Malaysia.

Maka semakin teruklah pasukan Perlis sehingga penyokong begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku dengan Negeri Mereka. Selain daripada itu, ada juga yang mempersoalkan kemanakah perginya wang RM400,000.00 yang dikatakan dapat dikutip daripada jualan tiket.

Ada juga penyokong memaksa satu badan bebas dilantik bagi menyiasat apa yang dibuat oleh Presiden ini dan kalau boleh Bekas presiden itu didakwa kerana gagal menjalankan amanah atau ada isu pecah amanah dalam pengurusan yang ditakbirkan.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*