Bekas pengurus peribadi dedah sikap Mak Wan Latah? -“Saya banyak simpan rahsia dia”

Sejak isu perkahwinan yang hanya bertahan tiga bulan sahaja, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61 kerap menjadi sorotan dengan pelbagai kontroversi yang dibongkar oleh orang sekeliling.

Pendedahan dari bekas pengurus peribadi

Terbaru, seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah bekas pengurus peribadi Mak Wan telah mendedahkan kepada umum sikap sebenar pelakon senior itu di akaun TikTok miliknya menggunakan nama official_amell77.

Dituduh curi duit

Merujuk kepada laporan dari Mstar, pihak sumber telah menghubungi Amell untuk mendapatkan cerita sebenar di sebalik pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh wanita tersebut berkenaan pelakon itu.

Menurutnya, dia mengambil tindakan ‘membuka pekung’ pelakon berkenaan kerana turut menjadi mangsanya walaupun sudah menganggap Mak Wan Latah seperti ibunya sendiri.

“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.

“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.

“Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000,” katanya.

Buat laporan polis

Menyangkal dakwaan mengambil duit tersebut, Amell telah membuat keputusan untuk melaporkan hal berkenaan di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan dengan mengatakan yang pelakon itulah sebenarnya yang mengambil duitnya.

Bekas pengurus peribadi Mak Wan Latah itu juga memaklumkan yang dia akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang berkenaan kehilangan barang kemas miliknya pula.

Ada buat ritual apa tu?

Beberapa video lain turut dikongsikan Amell di aplikasi TikTok dengan memperlihatkan ritual pelik yang dilakukan oleh pelakon tersebut dan didakwa wujud unsur syirik.

Pendedahan-pendedahan sebegitu sememangnya membuatkan ramai terkejut kerana pelakon berkenaan sebelum ini tidak mempunyai sebarang kontroversi.

Namun, ia berbeza setelah dia melangsungkan perkahwinan dengan Husain Dollah dan hanya bertahan 3 bulan sahaja setelah bekas suami memaklumkan yang peribadi pelakon itu berbeza dari apa yang dilihat di kaca televisyen.

Dia menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai episod hitam dalam hidupnya kerana mengatakan Mak Wan tidak menghormati dirinya sebagai seorang suami.

Sumber: TikTok official official_amell77, Mstar (Farol Hadi)

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*