‘Bebas’ lepas 3 hari direman, Sharnaaz Ahmad terus jumpa Jebat Jayden

Selepas bebas dengan ikat jamin pada pukul 12.00 tengahari tadi setelah direman selama 3 hari bagi membantu siasatan atas dakwaan memukul seorang penghuni komdominum, pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad terus bergegas mahu bertemu anaknya.

Baba sayang sangat dekat Jebat

Dalam perkongsian terbaru Sharnaaz di Instagram, dia telah memuat naik satu video bersama anaknya, Jebat Jayden Ahmad sambil meninggalkan kapsyen memaklumkan dia dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Im ok InsyaAllah.. baba loves you so much!” –Tulisnya ringkas

Akan buat sidang media

Setakat ini, Sharnaaz masih belum menjelaskan secara terperinci berkenaan kejadian yang berlaku namun menegaskan yang dirinya tidak bersalah dan menafikan dakwaan berkenaan isu panas baran yang menjadi spekulasi netizen sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, dia menyatakan akan membuat sidang media dalam waktu terdekat ini dan menjelaskan apa yang telah berlaku dari pihaknya selepas beberapa hari kejadian berkenaan berlaku.

Semoga dipermudahkan segala urusan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kenalan pelakon itu dilihat memberikan semangat kepada Sharnaaz dan berharap segala urusannya dipermudah.

Warganet juga turut meluahkan rasa terharu apabila melihat keakraban pelakon kelahiran Pulau Pinang itu dengan anak tersayang, Jebat Jayden yang sudah beberapa hari tidak ditemuinya sejak direman pada Khamis lalu.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*