Anwar Ibrahim bagi ceramah di masjid? Ustaz Dusuki persoal -“Ada tauliah ke?”
Baru-baru ini, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) telah melarang 16 pendakwah bebas termasuklah Datuk Ustaz Kazim Elias untuk mengadakan ceramah di mana-mana masjid ataupun majlis di negeri terbabit kerana tidak mempunyai tauliah dari pihak mereka.
Antara yang turut dilarang adalah Datuk Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin, Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan.
Boleh pula bagi ceramah tak ada tauliah?
Namun begitu, sejak semalam tular di media sosial gambar Pengerusi Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sedang memberikan ceramah di sebuah masjid di Pulau Pinang.
Oleh sebab itu, Ustaz Ahmad Dusuki yang tersenarai dalam 16 pendakwah yang tidak dibenarkan melakukan ceramah di negeri tersebut telah memuat naik gambar terbabit dan menyelar tindakan anwar.
MAIPP bagi ke?
Dalam hantarannya, beliau telah mempersoalkan mengapa Anwar dibenarkan untuk mengadakan ceramah di masjid tersebut sedangkan dirinya tidak dibenarkan untuk berbuat demikian dengan alasan tidak mempunyai tauliah dari MAIPP.
“Saya antara nama yang di senarai nama yang di larang berkuliah di Pulau Pinang oleh Majlis agama Islam Pulau Pinang sebagaimana di sebar di media media massa di sebabkan saya tidak ada TAULIAH katanya. Manakala hamba Allah ini pula? ada tauliah jugakah? Saya menunggu jawapan dan tindakkan dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang…” tulisnya.
Haramkan diri & keluarga pangkah PH
Oleh sebab itu, Ustaz Dusuki dengan lantang mengatakan bahawa beliau mengharamkan dirinya dan seluruh keluarga untuk mengundi PH untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
“Haram keluarga saya dan keturunan saya mengundi PH kali ini!!! Noktah..” tegasnya di akhir hantaran Instagram.
Sembang politik di luar katanya
Walau bagaimanapun, menerusi ruangan Twitter, ada sesetengah warganet telah menjelaskan bahawa tindakan pengerusi PH itu berada di masjid tersebut adalah untuk menunaikan solat serta berehat sebenar.
Beliau juga mendapat keizinan daripada imam di situ dan hanya bercakap tentang kasih sayang dalam Islam serta langsung tidak menyentuh perihal politik.
Ada saksi yang turut hadir di masjid ini. Dia cakap Anwar tak cakap langsung pasal politik..dia tekankan keadilan dalam islam dan kasih sayang. Di masjid tu dia singgah ja. PA Anwar cakap yang DSAI nak berhenti solat maghrib dan berehat di masjid tu.. pic.twitter.com/67Rcr2TWkE
— cikyaniee (@lady_bugg11) November 8, 2022
Apa-apa pun kita tidak tahu hujung pangkal situasi tersebut dan hal sebenar hanya mereka yang tahu.
Macam-macam hal bila nak PRU ni. Lagi-lagi bila semua tengah berusaha nak ‘pancing’ undi masyarakat tempatan.
Sumber: Instagram ustazahmaddusuki
Leave a Reply