Umur bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu kerana pembelajaran berlaku sepanjang haya
Tidak ada istilah ‘terlambat’, hanya kejayaan yang tertangguh, dan ini telah dibuktikan oleh pelakon serta Timbalan Pengerusi Giatmara, Datin Anne Ngasri.
Baru-baru ini, Naszriah Ngasri, 39, telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET).
Melalui perkongsian di media sosial, Anne mengabadikan detik bermakna tersebut dengan memuat naik gambar dirinya yang ceria mengenakan jubah konvokesyen.
Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukurnya.
“Dalam setiap peristiwa penting yang saya lalui, sentiasa ada nota kecil di bahagian bawah yang berbunyi, ‘Alhamdulillah Ya ALLAH berkatilah,” kongsi Anne.
Bekas pelakon kanak-kanak yang terkenal itu kelihatan berseri-seri dan anggun mengenakan hijab merah sambil memegang erat diploma yang diterimanya.
Tahniah diucapkan kepada Anne Ngasri yang berjaya mencapai impiannya dan memperoleh Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) dari KLTVET.
Anne, yang kini aktif dalam bidang politik, juga merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia.
Kejayaannya menjadi inspirasi kepada warga maya yang turut mengucapkan tahniah kepada pelakon yang sentiasa kelihatan awet muda ini.
Untuk info, Anne ialah isteri kepada Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan.
Pasangan ini berkahwin pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 11, dan Nefa Naura, 6.
Anne, yang juga adik kepada Bell dan Darling Ngasri, pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006.
Hasil perkongsian hidup mereka, Anne dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Abdul Warits, 18, Abdul Wafri, 16, dan Nazharah Afrozah, 14.
Sumber: Sinar Plus
Leave a Reply