Berita tentang perkahwinan seorang wanita istimewa yang pernah tular sebelum ini telah menarik perhatian ramai.
Norfarrah Syahirah Shaari yang merupakan insan kelainan upaya (OKU) apabila dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan menjadi inspirasi kepada ramai orang memandangkan dia sangat gigih berusaha termasuklah mampu memandu kereta menggunakan kaki.
Selamat bergelar seorang isteri
Wanita berkenaan telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya dikenali sebagai Zulfadli Syahrul di Bagan Datuk minggu lalu.
Ada yang tuduh suami tumpang populariti
Namun begitu, ada sahaja mulut jahat yang melemparkan tuduhan tidak berasas kepada suami Norfarrah dengan menuduhnya hanya ingin menumpang populariti isteri.
Memetik laporan dari YouTube Mstar, Zulfadli telah menyuarakan rasa kurang senang dan tersinggung dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya kerana sangat keterlaluan.
“Saya tahu macam mana nak jaga isteri saya. Tak payah sampai keluar (ada haters-haters) ugutan; “abang jangan tak jaga Farrah elok-elok, nanti satu Malaysia cari abang”,
“Saya tahu jaga isteri saya. Saya kerja dalam bidang pengawal peribadi. So, korang doa yang baik-baik saja dah cukup,” katanya.
Dah dua tahun kenal baru tahu isteri pernah viral
Ujarnya, dia sama sekali tidak mengetahu bahawa isterinya dikenali ramai dan hanya mengetahui perihal tersebut selepas melihat di media sosial pada Aidiladha tahun lalu, itupun selepas dua tahun mengenali isteri.
“Saya berkenalan dengan Farrah pun saya tak tahu dia punya populariti. Saya berkenalan dua tahun lepas, sebelum viral lagi. Saya mesej dia, saya stalk dia baru saya tahu. Sebelum ni saya tak tahu,”
Kalau saya nak populariti, saya boleh dapatkan time tu. Namun saya bukan macam tu. Yang ada add Facebook dan Instagram saya tak accept sebab saya tak nak orang kata saya kejar populariti,” jelasnya.
Akui tersinggung dengan komen2
Dalam pada itu, Zulfadli juga menegaskan kepada mereka yang tidak berpuas hati boleh sahaja berjumpa dengannya dan sama-sama menyelesaikan urusan tanpa perlu melemparkan tohmahan di media sosial.
“Terus terang saya ada tersinggung. Saya tak accept yang add saya di media sosial selepas saya mengenali isteri. Follower hanya itulah yang sebelum saya berkenalan dengan isteri….cuma kalau ada keizinan isteri atau dia kata adik beradik dia baru saya approve,”ujarnya.
Norfarrah yang setia disisi suaminya itu turut menjelaskan yang dia memang sudah tidak ambil peduli dan terasa dengan sebarang komen negatif netizen memandangkan sudah lali dengan tohmahan dari sesetengah pihak.
Ujarnya, dia pernah terasa dengan komen-komen jahat netizen sebelum ini, namun lama kelamaan sudah biasa dengan mulut orang.
Menjawab soalan adakah dia merasakan yang suaminya menumpang populariti ataupun tidak, wanita berkenaan dengan yakin mengatakan bahawa dari awal perkenalan sudah melihat keikhlasan lelaki itu, bukan hanya kepada dirinya tetapi juga dengan keluarga.
Dia sama sekali tidak melihat yang suaminya mahu menumpang populariti kerana keikhlasan yang ditunjukkan kepada dirinya dilihat sendiri oleh ibu bapa dan keluarga.
Sumber: YouTube Mstar, Facebook Lensa Manja
Leave a Reply