6 Pemain JDT Dipanggil Menyertai Kem Latihan B-23 AFC 2020


Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Menjelang perlawanan kelayakkan Kejuaraan Bawah-23 Tahun AFC 2020 di Stadium Shah Alam 22 hingga 26 Mac ini, 27 pemain telah disahkan oleh Persatuan bolasepak Malaysia untuk Menyertai Kem Latihan.

6 Pemain JDT Dipanggil Menyertai Kem Latihan B-23 AFC 2020

Daripada 27 pemain yang dipanggil oleh Datuk Ong Kim Swee bagi menjalani latihan pusat bermula pada hari ahad ini ( 10 Mac 2019 ) 6 pemain merupakan pemain daripada kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Antara pemain yang dipanggil semula memperkuatkan skuad ini adalah Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Muhammad Safawi Rasid dan Syamer Kutty Abba. Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Haziq Nadzli dan Mohamad Hariz Kamarudin adalah dikekalkan dari skuad Piala AFF B-23 baru-baru ini.

Rata-rata peminat berasa bersyukur pemain-pemain seperti Akhyar, Safawi dan Syamer bermain semula bersama skuad ini bagi memperkuatkan skuad harimau muda dan layak ke Kejohanan AFC B23 seperti musim lalu.

Mereka ini adalah tonggak muda yang sedang bersinar dalam arena bolasepak tanah air kita. Maka mereka patut mencipta lebih banyak sejarah dalam arenabolasepak bawah 23 tahun kata netizen.

Senarai penuh pemain

senarai penuh pemain afc b23 2019

Untuk pengetahuan semua daripada 27 senarai pemain diatas, 21 orang adalah dikekalkan daripada skuad Piala AFF B22 di Kemboja baru-baru ini.

Namun, untuk menyertai AFC B-22 hanya 23 orang sahaja yang akan disenaraikan oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee. Selebihnya akan pulang beraksi semula bersama kelab dan negeri masing-masing. Malaysia akan bertemu Filipina pada 22 Mac, laos pada 24 Mac dan China 26 Mac.

Untuk layak ke pusingan akhir kejuaraan AFC B.23 ini mereka hendaklah menjadi juara kumpulan, manakala jika mendapat tempat kedua dalam kumpulan hanya empat atau lima pasukan terbaik sahaja akan dipilih.

* Pemain-pemain yang terlibat dengan perlawanan Liga Super dan Liga Premier pada Ahad, 10 Mac 2019 dikehendaki melapor diri pada Isnin, 11 Mac 2019 manakala pemain JDT yang terlibat dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Selasa, 12 Mac 2019 dikehendaki melapor diri pada Rabu, 13 Mac 2019. – Sumber FAM

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*