SelebritiPakai cincin hidung, Remy Ishak cuba gaya baharu -“Lantaklah orang nak kecam..”

Pelakon popular, Remy Ishak cuba gaya baharu dengan memakai cincin hidung atau ‘septum ring’ ketika menghadiri majlis tayangan perdana drama siri terbaharu ‘The Secret’ berjaya tarik perhatian umum.

Menurut laporan Media Hiburan, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak memberitahu penampilan baharu tersebut hanya sekadar suka-suka sahaja.

Remy Ishak cuba gaya baharu

Yang saya pakai ini hanyalah ‘septum ring’ palsu. Ia sekadar fesyen sahaja. Bagilah saya peluang nak cuba gaya baharu,” katanya

Ujar aktor yang berusia 42 tahun itu lagi, dia tidak hairan dengan kecaman dengan berikutan gaya tersebut memandangkan kini sudah bergelar seorang bapa.

Remy Ishak cuba gaya baharu

Sewaktu zaman muda dahulu, saya tak boleh nak buat gaya sebegini. Kalau buat, saya akan teruk dikecam kerana status saya yang belum berkahwin dan tidak punyai anak.
“Pada saya, ketika ini, tak mengapa saya dengan gaya seperti ini. Saya tak peduli apa yang orang kata. Lagipun, kini saya sudah ada anak.
“Lantaklah sama ada orang nak kecam atau tidak,” ujarnya.

Ditanya berkaitan perubahan fizikalnya yang semakin kurus, dia memaklumkan baru sahaja sembuh daripada demam dan jangkiran Influenza B.

Difahamkan, isterinya iaitu Roszaliza Yusof turut terjangkiti virus tersebut dan perlu menjalani kuarantin selama seminggu dan segala aktiviti terpaksa penggambaran ditangguhkan.

Demam bermula selepas saya selesai projek teater di Melaka. Pulang sahaja ke rumah, saya rasa penat sangat.
“Mulanya, saya ingatkan ia disebabkan kerja kerana proses rehearsal teater itu sangat berat dan memenatkan. Rupanya saya terkena jangkitan.
“Saya jalani kuarantin selama seminggu dan segala aktiviti penggambaran terpaksa ditangguhkan. Impaknya macam demam denggi dan berat badan saya turun daripada 85 ke 81 kilogram.
“Isteri saya pun terjangkit juga dan saya sangat risau keadaan anak. Alhamdulillah, antibody anak saya kuat dan dia okay,” kongsinya lagi.

Sekadar info, Remy dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam.

Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf)

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*