Selepas pasaraya Ustaz Ebit Lew buka, Kini Giliran Zul Yahya Pula Buka Pasaraya Sendiri

Selepas pasaraya Ustaz Ebit Lew buka, Kini Giliran Zul Yahya Pula Buka Pasaraya Sendiri

Setelah mencapai kejayaannya membuka restoran steamboat, pelakon Zul Yahya kini mengikuti usaha yang sama dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew, dengan membuka sebuah pasaraya sendiri.

Menerusi posting terbaru di Instagramnya , bapa kepada enam orang cahaya itu berharap usaha yang dilakukan ini adalah sebagai penggerak kepada dirinya agar segala yang dilakukan berpaksikan pada syiar agama.

“MasyaAllah, kami belum baik baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama…”

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus InsyaAllah…”

“InsyaAllah doakan kami semoga dijadikan asbab atau isyarat untuk terus membantu agama dan bersama-sama meningkatkan ekonomi umat Islam serta kualiti kehidupan di sisi Allah.

“Sama-sama kongsi rezeki. Allah sediakan dunia untuk kita jaga dengan baik, ini amanah. Bawa kehidupan dunia untuk kebahagian di akhirat,” katanya.

Pasaraya yang diberi nama Zul Yahya Mart itu mengangkat tema mengutamakan produk Muslim. Bertapak di Meru Raya, Ipoh Perak.

Pada ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepadanya atas kejayaan membuat sebuah pasar raya dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro, beliau tidak menolak sekiranya diberikan tawaran berlakon, tetapi hendaklah ditelitinya terlebih dahulu.

“Kalau watak yang ditawarkan itu kena dengan usia, lebih matang dan mungkin lebih serius, saya akan pertimbangkan.

“Kalau boleh, biarlah karakter yang saya lakonkan itu ada nilai dalam penyampaian kepada penonton dan menjadi asbab untuk sampaikan sesuatu yang baik buat masyarakat juga,” katanya.

Menurutnya, masanya kini banyak dihabiskan untuk menguruskan perniagaan berasaskan makanan yang dilakukannya memandangkan ia memerlukan tumpuan penuh.

“Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat kerana Allah permudahkan banyak urusan saya dan kini, saya bermastautin di Ipoh. Dah nak masuk usia warga emas ini, saya kembali ke sini dan membuka perniagaan di Meru.

“Bila dah terbabit dalam perniagaan makanan, kita jadi dekat dengan pelanggan dan kita sediakan produk untuk mereka. Disebabkan itulah, saya perlu berikan tumpuan penuh kepada perniagaan ini dan tak boleh terlepas pandang.

“InsyaAllah, bulan depan pula saya akan membuka kedai runcit di kawasan sekitar tempat tinggal. Semakin banyak tanggungjawab saya selepas ini, tapi itu semua yang mengisi jadual harian saya,” katanya.

Cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*