Zamani selamat jalani pembedahan, isteri ucap terima kasih atas doa

Penyanyi Zamani selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di ibu kota kira-kira jam 3 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Nur Juliana Abd. Rani menerusi muat naik sekeping foto memaparkan bilik pembedahan vokalis Slam berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

Menerusi kapsyen, Nur Juliana meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai bagi melancarkan prosedur pembedahan tersebut.

Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

Sebelum ini, penyanyi berusia 51 tahun itu memaklumkan sudah melakukan persiapan termasuk mengikut saranan doktor seperti mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.

Malah difahamkan, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu juga memerlukan rehat sehingga tempoh tiga bulan bergantung kepada kekuatan antibodinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh.
“Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi,” kata Zamani.

Sumber: Instagram Nur Juliana

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*