Waris MH370 ‘sound’ PrinceMeed – “Kau takat google, claim jumpa jawapan”

Waris MH370 ‘sound’ PrinceMeed – “Kau takat google, claim jumpa jawapan”

Baru-baru ini, tular pendedahan seorang YouTuber bernama PrinceMeed mendakwa pesawat MH370 kini berada di sebuah pulau kecil Diego Garcia yang terletak di tengah Lautan Hindi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PrinceMeed™️ (@princemeedonly)

Disebabkan dakwaan itu, tular pula beberapa keping foto didakwa menyerupai wajah mangsa-mangsa pesawat yang hilang sehingga muncul pelbagai teori konspirasi di media sosial.

Tidak mampu berdiam lagi, seorang pewaris mangsa tampil menyelar kenyataan tersebut dengan menyifatkan PrinceMeed bersikap ‘semberono’ dalam mencari kebenaran.

Menurut lelaki berkenaan, ibunya yang sebelum ini sudah boleh menerima hakikat berhubung kejadian itu tiba-tiba kembali bersedih sebaik mengetahui tentang teori konspirasi tersebut.

“Aku dah tak boleh fokus kerja. Sampai mak aku yang dah boleh ceria sikit, tapi sekarang dia termenung balik.

“Kau nampak tak kesan dia? Ingat senang ke nak pujuk mak aku, nak bagi dia tenang balik,” katanya.

Lelaki itu berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna laman Facebook, Dieman Adiemz sehingga mendapat lebih 3,000 perkongsian dalam kalangan netizen.

Menerusi video berdurasi empat minit tersebut, dia turut mempersoalkan tindakan PrinceMeed dalam mencari maklumat berhubung pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu.

“Kau setakat google, ambil dan petik konten pastu claim kau dah jumpa jawapan. Kalau macam tu, aku pun boleh buat.

“Kau setakat duduk dalam bilik, tak bercampur dengan dunia luar. Tak kaji sejarah pastu nak cakap pasal Diego Garcia. Kau memang tak tahu malu,” ujarnya.

Malah, lelaki terbabit turut menjelaskan tentang wajah-wajah segelintir pekerja di Diego Garcia yang didakwa mirip seperti rakyat Malaysia.

“Mereka orang Filipina, dipanggil Overseas Philippine Workers (OPW) yang bekerja di bawah satu syarikat servis sokongan. Mereka memang dah lama diambil kerja di situ.

“Sebab bayaran mereka murah. Sebab apa muka macam Melayu? Sebab orang Filipina memang banyak muka macam Melayu.

“Kenalan aku yang duduk Filipina pun dah sahkan benda ni. Memang orang Filipina. Kalau nak cari bukti, kena ada sumber dan sahih. Setakat sembang pakai google, tu bodoh namanya.

“Nak cari kebenaran tu tak salah, tapi bukan senang. Kalau tak ambil kira soal iman dan kewarasan, semua benda kau langgar dan percaya,” tegasnya.

Sementara itu, dia turut kesal dengan tuduhan melulu orang ramai sehingga mengguris hati serta tidak menghormati perasaan ahli keluarganya.

“Kalau dah bukan ahli keluarga aku, memang bukan la.. buat apa aku nak mengaku. Ada yang cakap tak nak mengaku sebab dah kenyang makan insurans, pampasan.

“Dari 2014 sampai sekarang, tu je modal orang nak kutuk keluarga aku. Duit duit duit. Hidup kami sama je, tak mewah pun. Mak aku sakit.

“Penat nak teruskan hidup macam ni, sebab mulut macam korang ni. Yang takde perasaan, cakap sedap ikut mulut. Tak hormat musibah orang. Benda tak jadi kat kau, memang senang cakap,” katanya lagi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa gerangan lelaki tersebut dimana video tular itu hanya dimuat naik oleh pihak lain.

Sumber: Facebook Dieman Adiemz , Instagram PrinceMeed

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*