Mu jawab dengan Allah. Warga emas kecewa tak dibenar solat Jumaat

Umum sedia maklum bahawa ketika ini banyak kekangan jika mahu membuat perhimpunan ataupun aktiviti berkumpulan kerana bimbang penularan pandemik yang masih berada di dalam lingkungan kita.

Walaupun aktiviti di masjid seperti solat Jumaat sudah dibenarkan, namun tetap perlu melakukan penjarakkan sosial dan jumlah jemaah terpaksa dihadkan mengikut keluasan masjid.

Kecewa tak dapat solat

Dalam satu perkongsian yang tular di aplikasi TikTok, pengguna media sosial yang memakai nama akaun hambaallah1989 telah memuat naik video seorang lelaki warga emas yang kecewa apabila tidak dibenarkan untuk solat Jumaat.

@hambahallah1986Reply to @keraekor02 sorry semalam ada ada post kene banned 🥰♬ original sound – hamba allah

Dalam video berkenaan, dapat didengar dengan jelas warga emas tersebut meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa balik dan tidak dapat menunaikan solat jumaat di masjid sambil memegang sejadah.

“Aku orang Islam, yang kau tak bagi sembahyang. Mu jawab dengan Allah.” Luahnya

Surau kecil tapi ada 4 apartment

Walaupun ada yang meninggalkan komen dengan mengkritik tindakan warga emas itu kerana tidak datang awal untuk mendapat peluang solat Jumaat, pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut telah tampil mempertahankan pakcik terbabit.

@hambahallah1986Reply to @u.zik24 hopefully netizen faham

♬ original sound – hamba allah

Sedih pula dengar dia cakap jawab dengan Allah

Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen dengan memaklumi perasaan warga emas itu yang gagal untuk solat secara berjemaah.

Mereka juga akui sedih melihat situasi tersebut dan berharap agar ada peraturan untuk solat berjemaah yang lebih efisen bagi membolehkan semua pihak merasai nikmat beribadah semula.

Pak cik tu mesti dah rindu solat jemaah

Tapi kenapa mall, wayang dah boleh buka?

Budak2 yang cuma main2 tu baik bagi atuk ni tempat

Sumber: hambaallah1989

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*