Berikutan peningkatan kes Covid-19 yang meningkat secara mendadak, kerajaan telah putuskan kepada mereka yang mengalami positif Covid-19 perlu dikuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bagi mendapatkan rawatan yang sepenuhnya di sana.
Bagi mereka yang diarahkan untuk dikuarantin di MAEPS, keperluan harian dan barangan peribadi penting untuk dibawa. Hal ini akan memudahkan pesakit untuk berasa selesa sepanjang dikuarantin. Umumnya diketahui,
MAEPS, Serdang mempunyai jumlah pesakit yang ramai. Oleh sebab itu, anda perlu mempunyai keperluan sendiri iaitu keperluan peribadi bagi memudahkan urusan anda sepanjang beberapa hari dirawat di sana.
Menerusi perkongsian seorang pengguna facebook Nur Izyani Kamaruzman, beliau ada kongsikan beberapa
keperluan penting yang perlu dibawa sepanjang dikuarantin di MAEPS, Serdang. Ikut perkongsiannya di bawah :
Wad Exora dan Wad Airiz (Maeps)
Wad Exora lebih kepada sharing halls, manakala Wad Airiz ada pembahagian bilik-bilik (mungkin 2 katil double decker).
Bilik air sharing. So far bersih dan selesa. Adakalanya perlu ambil masa beratur. It is okay, just beratur and your turn will come.
Pesakit perlu di kuarantin lebih kurang 10 hari daripada tarikh swab diambil. Jadi boleh agak masa untuk masing-masing. Antara item penting yang perlu dibawa:
- Ubatan sendiri (lebih mudah)
- Peralatan mandi (sabun etc)
- Telekung sejadah
- Makanan (instant noodle ke, biscuits, 3 in drinks etc, untuk 10 hari tu, depends kes masing-masing). Makan diberi 3 kali sehari. Sarapan dalam pukul 8.15am, makan tengah hari dalam pukul 12pm (macam hari tu ada kes lambat ๐ ), makan malam around 6.30pm. Ada kes check in 2-3 pagi, mungkin yang dari Melaka. Jadi makanan yang dibawa sangat diperlukan.
- Mug/cawan (nak bancuh air panas)
- Baju panas yang betul2 boleh memanaskan ๐.
- Stokin (gloves pun boleh bawa jika nak, sebab memang sangat sejuk!!!!)
- extra selimut (same case, sometimes habis stok)
- extra masks
- baju persalinan (diberi juga baju wad, cuma kadang habis stok)
- Quran, books, any gadgets to kill time/to do work
- Di bangunan ni ada coffee machine yang guna QR code or bank cards (mahal rm8.99 the cheapest coffee, and selalu rosak ๐. so far xde vending machine makanan lain. di Hall B tiada vending machines)
- ย selipar untuk ke toilet
- tuala wanita/liners
- plug extension, untuk charge electronic items
- duit, untuk tambang balik. Discharge from Maeps adalah tanggungan sendiri ya. Jadi bersedia. sehari sebelum discharge, pesakit akan dimaklumkan dan slip discharge akan diberikan.
Thatโs all for now. Moga dapat membantu persediaan bagi yang terpaksa kuarantin di Maeps (Oh ya, saya dimaklumkan akan ke Maeps, di atas bas selepas ambulan yang ambil di rumah, hantar ke pusat pengumpulan pesakit-pesakit. PIC yang call maklumkan saya perlu dikuarantin pun tak dapat pastikan saya ke mana masa tu ๐)
Jaga diri semua ๐ช๐ผ
Pintu ke Wad Exora
Alhamdulillah, dapat katil dan tilam. Before this di Hall B, tidur di atas stretcher canvas
Sharing points. Tapi xboleh guna untuk hair dryer or yang guna higher energy. ada bilik dah blackout ๐
Kadang-kadang machine ni โkiokโ. Bertabahlah tunggu dia okay. Staff yang full PPE sentiasa bersedia membantu. Doakan mereka sentiasa kuat semangat dan sihat ya.
Surau lelaki actually perempuan sahaja di bangunan ni
Pintu ke bilik air, side ni ada lebih kurang 9 bilik air
Wad Airiz
Wad Exora sebelah kiri, Wad Airiz sebelah kanan. Lounges, klinik, kaunter pertanyaan, kaunter discaj di tengah-tengah
Wad Airiz
Wad Exora
Sumber : Nur Izyani Kamaruzman
Leave a Reply