Tular di laman Twitter dan juga Facebook apabila Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di Serdang terhenti untuk beberapa jam.
Pentingkan diri sendiri
Menurut perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @ara_fafa, dia telah memuat naik kembali IG story seorang petugas kesihatan iaitu Dr.Cheng Qing Chéng apabila memaklumkan ada penerima yang menghadiri temu janji suntikan vaksin positif Covid-19.
Tolong ye ada otak dan jangan jadi selfish lepas tu giving risk to others. This happened earlier today ye gais. Gosh! Ni la salah satu punca kes tak menurun…ni orang macam ni. pic.twitter.com/iv0gLxDShp
— N.A.R.A なら (@ara_fafa) July 7, 2021
Terhenti beberapa jam
Susulan itu, menerusi laporan daripada Harian Metro, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, individu itu mempunyai janji temu dan hadir di MIECC.
Tambah pihak CITF lagi, individu berkenaan hanya mengetahui bahawa mereka positif Covid-19 selepas tiba di PPV dan telah dihubungi pusat perubatan yang menjalankan ujian Covid-19 terhadapnya mereka.
“Pihak pengurusan MIECC sudah mengambil tindakan serta-merta untuk mengasingkan wanita itu.”
“Aktiviti sanitasi menyeluruh juga terus dibuat oleh bomba dan operasi PPV disambung semula sejurus sahaja urusan sanitasi selesai,” katanya.
Ni jenis semua nak salahkan kerajaan
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat di Twitter, rata-rata warganet telah meluahkan rasa geram’ terhadap individu yang mementingkan diri itu.
Rata-rata kesal kerana sikap tidak peduli dengan orang lain boleh mencetuskan kluster baru serta meningakatkan lagi jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia yang sedia memburuk ini.
Sumber: Twitter ara_fafa, Harian Metro (Rafidah Mat Ruzki), IG Dr.Cheng Qing Chéng
Leave a Reply