[ViiDEO] Tiba2 Ada ‘Emergency’Sebelum Majlis, Pengantin Lelaki Tak Sempat Tukar Baju Terus Lafaz Akad Nikah. Steady Bang.

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti akan mengingati momen hari pernikahan buat mereka yang pastinya cukup bermakna.

Ketika itu, sudah tentu masing-masing ingin menggayakan pakaian yang sedondon dan sesuai dengan situasi majlis pernikahan.

Pakai baju biasa

Namun hal ini berbeza dengan perkongsian yang dibuat satu akaun TikT0k dikenali sebagai hajid17 apabila pengantin lelaki hadir di majlis pernikahannya hanya memakai pakaian biasa iaitu seluar jeans dan T-Shirts sewaktu melafazkan akad nikah.

Ada kcemasan sebelum majlis nikah

Menerusi ruangan k0men, pengantin lelaki terpaksa memakai pakaian yang kurang sesuai kerana berlaku kcemasan sebelum majlis pernikahan mereka.

Disebabkan tidak sempat menukar pakaian yang lebih sesuai, dia telah hadir ke perkarangan masjid hanya memakai pakaian biasa.

Walau bagaimanpun, majlis berjalan dengan lancar dan lelaki itu beserta pasangan selamat bergelar suami isteri.

Sehubungan dengan perk0ngsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memahami kondisi yang dialami pengantin lelaki.

Mereka juga menjelaskan bahawa akad nikah yang dilakukan untuk menghalalkan hubungan lebih penting daripada pakaian yang cantik-cantik.

Perkahwinan itu mudah dan tidak perlu disuIitkan.

Sumber: TikT0k hajid17, OMM

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*