(Video) Tertekan ‘Pedal’ Minyak, Myvi Rempuh Masuk Dalam Pasaraya

Sebuah kereta dipandu warga emas terperosok ke dalam sebuah pasar raya di Puchong dan merempuh seorang pekerja restoran makanan segera, petang tadi.

Menurut Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, pemandu yang merupakan lelaki berusia 64 tahun, dalam perjalanan pulang dari pasar raya itu setelah selesai membeli barang keperluan.

Memetik laporan Kosmo, Anbalagan berkata, pemandu berkenaan tertekan pedal minyak lalu Perodua Myvi dipandunya menerobos masuk ke dalam pasar raya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa sedang berdiri di hadapan kaunter restoran makanan segera lalu dirempuh kereta berkenaan.

“Mangsa yang merupakan pekerja restoran berusia 31 tahun telah mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di Zon Kuning Hospital Serdang.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan pemandu warga emas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Anbalagan kepada Kosmo.

Sebelumnya, beberapa video yang dirakam oleh orang awam tular di laman sosial. Rakaman tersebut menunjukkan keprihatinan orang ramai bekerjasama mengangkat kereta bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawahnya.

Menurut Anbalagan, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian ini dan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 Sumber: Kosmo 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*