Pelakon Datin Paduka Eina Azman mencuri perhatian ramai orang selepas tular video kemesraan dirinya melayan kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit serius.
Melayan tanpa status
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Eina dilihat tidak kekok mendukung kanak-kanak yang dikenali sebagai Alya Maisara.
@nurfahanamie88 Takkan siakan Dia ❤️ karena kesempatan takkan dtg kedua kalinya 😘 hargai selagi semua masih Ada didepan mata 😊#Alyamaisara #pesakitIchthyosis #Dalamrawatanpakar #tajaan #einaazman #fypdongggggggg #fypシ ♬ Hal Hebat – Govinda X Ernie Zakri
Difahamkan, Eina dan Alya bertemu pakar kulit di sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan penyakit ‘ichthyosis’.
Aktres berumur 27 tahun itu turut membawa anak kecil itu bersiar-siar di sebuah pusat membeli belah.
Menerusi kapsyen yang ditulis, ibu kepada Alya memuji dengan sikap rendah diri pemilik nama Ainur Syakina Azman.
Insan yang sangat merendah diri. Membantu tanpa balasan. Melayan tanpa status.
Begitu juga dengan bonda yang sangat baik melayan kami yang bukan siapa-siapa. Begitu hebat didikan bonda hingga dapat anak yang sebaik Eina.
Terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah permudahkan segala urusan datin dan keluarga.
Dah la cantik, baik pula
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan ibu kepada dua cahaya mata ini yang tidak gemar menayang di media sosial.
Di samping itu, netizen turut mendoakan kesembuhan adik Alya agar dapat aktif seperti kanak-kanak yang lain.
Sumber: TikTok @nurfahanamie88
Leave a Reply