Mendapat mentua yang baik pastinya merupakan impian buat semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Hal ini kerana fasa untuk “masuk” dengan keluarga pasangan merupakan diantara fasa yang paling kritikal buat semua.
Kita sebagai menantu sepatutnya turut menghargai kedua ibubapa mentua kita jika kita benar-benar menyayangi pasangan. Hal ini kerana merekalah yang telah berkorban dan bertungkus lumus untuk membesarkan pasangan kita sejak dari dahulu.
Itulah apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Tikto tikasartika1717 dimana dia ada memuat naik video dia melakukan kejutan buat bapa mentuanya. Video tersebut telah mendapat lebih daripada 1.8 Juta tontonan di Tiktok.
Menurutnya, bapa mentuanya tidak pernah hidup dalam keadaan senang sepanjang hidupnya. Jadi, hadiah ini boleh dianggap sebagai salah satu daripada caranya untuk menggembirakan hati bapa mentuanya itu. Ia juga sebagai tanda kasih kepada suaminya.
Saat bapa mentuanya melihat kejutan yang diberikan, bapa mentuanya itu terus menangis dan memeluk erat dirinya.
LINK VIDEO :
SUAMINYA TERLEBIH DAHULU MELAKUKAN SEDEMIKIAN
Menurutnya, suami dia terlebih dahulu melakukan kejutan sebegini buat kedua ibubapanya. Jadi kini tiba gilirannya untuk melakukan yang sama, ikhlas untuk suami dan mentua.
Didalam sebuah video berasingan, dia ada menjawab satu persoalan yang diutarakan oleh pengikutnya berkenaan situasi keluarganya pula. Adakah dia melebihkan mentuanya terlebih dahulu? Dia kemudiannya menjawab bagaimana suaminya telah terlebih dahulu memberikan hadiah yang hebat buat dirinya dan ibunya.
Link video :
RESPONS POSITIF WARGANET
Ternyata hampir kesemua warganet meninggalkan komen yang murni sahaja dimana mereka ada mengatakan bahawa mereka sangat kagum kerana dia memperlakukan mentuanya dengan baik tak ubah seperti ibubapanya sendiri.
REZEKI MENGALIR DERAS JIKA BAHAGIAKAN ORANG TUA
Tidak kurang juga yang meninggalkan komen bahawa ini adalah diantara cara untuk memastikan rezeki tidak putus-putus iaitu dengan cara membahagiakan kedua orang tua dengan sebaiknya.
Semoga perkongsian daripadanya ini menjadi inspirasi buat kita semua dalam menjaga pergaulan kita dengan mentua. Hal ini kerana ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini yang mempunyai masalah dengan keluarga mentua samada dengan mentua itu sendiri, ipar duai atau biras.
Sebenarnya semua ini bergantung kepada diri kita kerana jika kita ikhlas menerima pasangan kita, kita juga harus ikhlas menerima keluarganya. Usahakan diri untuk melihat segala yang positif sahaja dalam keluarga mentua. Tidak dapat dinafikan bahawa akan ada perkara yang tidak berapa kena dengan kita kerana adat dan budaya setiap keluarga pastinya berbeza. Jadi, berusahalah untuk menjadikan diri kita mudah untuk “masuk” dengan mereka.
SUMBER : IG tikasartika1717
Leave a Reply