Video solat sunat Aidiladha beramai-ramai tular, polis cari 200 warga asing langgar SOP

Sejak pagi tadi, tular di media sosial video ratusan warga asing sedang solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru pagi tadi.

Dakwaan itu dibuat orang awam yang membuat rakaman video acara itu sebelum memuat naik ke laman sosial Facebook.

Warga asing langgar SOP

Rakaman dari sebuah kerera itu memaparkan sekumpulan lelaki yang dianggarkan mencecah ratusan orang sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya.

Menerusi laporan daripada Malaysia Gazette! video tersebut tersebar terutamanya di Facebook selepas seorang pemandu kereta merakam dan memuat naiknya ke media sosial.

Polis sudah adakan sidang media

Dalam sidang media Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang dimuat naik secara live di Facebook Malaysia Gazette memberitahu yang pihak mereka sudah dimaklumkan mengenai dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan oleh warga asing tersebut.

Setakat ini, polis sedang mencari 200 orang warga asing yang melanggar SOP dengan solat beramai-ramai di kawasan tersebut.

Kejadian berlaku secara spontan

Difahamkan, pihak surau hanya mengehadkan 100 orang jemaah sahaja dan pintu pagar ditutup selepas itu. Namun, disebabkan akur dengan sesitiviti agama, pihak surau tidak mengambil sebarang tindakan diatas kejadian tersebut.

“Hasil soal siasat awal pihak surau memberitahu insiden itu berlaku secara spontan menyebabkan mereka tidak menghubungi pihak polis.” kata Ketua Polis Pulau Pinang

Selain itu, Mohd Shuhaily turut memohon maaf kepada penduduk negeri tersebut disebabkan kegagalan mengesan dari awal pelanggaran SOP berkenaan.

Pihak polis akan menyiasat dakwaan menerusi video tular tersebut dan meminta agar orang ramai tidak menularkan sebarang info yang tidak sahih mengenai hal tersebut.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan hal tersebut menjadi perdebatan di media sosial kerana pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hanya membenarkan g, solat sunat Aidiladha dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50).

Sumber: Facebook Malaysia Gazette, Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*