[VIDEO] “Saya ada 5 orang anak. 4 di syurga, seorang bersama saya dengan bidadari saya…” Adam Corrie

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan cahaya mata kerana setiap anak adalah anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah SWT. Begitu juga dengan pelakon Adam Corrie yang mended4hkan isterinya pernah mengalami empat kali kegugur4n.

Isteri pernah gugvr 4 kali

Menerusi video yang dimuat naik oleh Adam Corrie di TikTok, Adam menjawab persoalan netizen tentang bilangan anak pelakon berusia 53 tahun itu. Walau bagaimanapun, Adam menyatakan bahawa sebenarnya dia mempunyai lima orang anak, namun mereka kehilangan empat orang zuriat akibat kegvguran.

Saya ada 5 orang anak. 4 di syurga, seorang bersama saya dengan bidadari saya iaitu Adam Fateh Lee. Alhamdulillah.

Difahamkan, setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Adam dan isteri dikurniakan cahaya mata iaitu Adam Fateh Lee yang kini berusia empat tahun.

Sebelum Allah kurniakan Fateh selepas 10 tahun perkahwinan, kami kehilangan 4 orang zuriat disebabkan kegugvran dan 2 orang adik Fateh pula. Cepat atau lambat sahaja. Doa. usaha & tawakal.

Video:

@adamcorrie_ Reply to @amboi_woi saya share semula video dari bidadari saya @puanfazi . ##dragonklgangster #cinaMuslim #cny #ttcjourney #bidadari ♬ original sound – Adam Corrie

Syukur Alhamdulullah nikmat apa lagi yang kami nak dustakan. Terima kasih Allah, sayang & anak mak Fateh. Sayang hingga ke syurga.

Video berdurasi 12 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 222 ribu tanda suka di Tiktok. Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan turut mendoakan semoga segala urusan Adam dan keluarga kecilnya itu dipermudahkan.Anak & isteri adalah amanah dari Allah SWT’

Sumber : Ohbulan

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*