(VIDEO) Penyampai radio dedah amal doa Nabi Musa pikat hati tunang -“Allah bagi cash”

Penyampai radio dedah amal doa Nabi Musa pikat hati tunang -“Allah bagi cash”

Bagi pengguna media sosial remaja, pasti mengenali influencer dikenali sebagai Dahlia Rizal yang sebelum ini dikatakan rapat dengan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil.

Hubungan cinta mereka dilihat direstui para peminat selepas masing-masing kerap berkongsi gambar bersama dan terlihat sepadan.

Awal minggu ini, video majlis pertunangan mereka telah ditularkan di media sosial dan akhirnya mereka mengaku bahawa sudah mengikat tali pertunangan pada 21 Ogos yang lalu.

Cerita cara pikat Dahlia

Menerusi live di aplikasi TikTok, Imran ada berkongsi cerita bagaimana dia memulakan langkah untuk memikat hati influencer cantik itu.

Menurut penyampai radio Hot FM berkenaan, dia telah mengamalkan doa Nabi Musa sebelum memikat hati tunangnya.

@farrich2022 Reply to @myntshaz Part 5 : Rahsia Imran pikat Dahlia dengan Doa’ 😍 Nak part 6 tak? #dahliarizal #imranaqil ♬ original sound – ImranDahlia’s Stories 🤍

 

Amalkan doa sebelum dekati tunang

Pemuda berusia 24 tahun itu menyifatkan bahawa amalan tersebut sangat menakjubkan kerana doa yang dimohon kepada Allah S.W.T telah dimakbulkan dan menjadi kenyataan.

“Saya nak cerita satu benda yang saya rasa macam, wow menakjubkan. Straight dapat. Saya baca satu doa Nabi Musa ni. Doa ni ada kisah dia tapi saya tahu sikit.

“Ketika itu Nabi Musa berada di bawah pokok. Baginda ada dua pilihan wanita untuk berkahwin dengan si kakak ataupun si adik. Kemudian baginda membaca doa tersebut,” katanya.

Memohon kebaikan dalam kehidupan

Dalam pada itu, dia juga sempat berkongsi sedikit kisah disebalik doa tersebut dan pengisian doa itu yang memohon untuk mendapatkan kebaikan. Jadi, dia mengamalkan doa berkenaan supaya suatu hari pintu hati tunangnya terbuka untuk menerimanya.

“Ya Allah, Aku perlukan kebaikan, Aku inginkan kebaikan. Kahwin tu kebaikan, sebab kahwin ni pahala 24jam ibadah.

“Sebelum nak pikat Dahlia, saya baca dalam 10 ke 15 kali untuk hafal. Dan Ustaz Muhaizad kata sujud terakhir baca 16 kali dan saya pun buat.

“Tiba-tiba Dahlia mesej, mak dia kata ‘kalau ada sesiapa nak masuk minang bagitahu mak’. Pastu saya macam kenapa Dahlia cerita kata saya macam ni? Saya baru hafal doa tu belum amalkan lagi, terus Allah bagi cash,” kongsinya.

Allah beri apa yang kita mahukan

Menjengah ke perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai farrich2022 itu, ramai yang meninggalkan komen berasa gembira dengan pertunangan mereka.

Rata-rata peminat turut memuji cara Imran dalam mendapatkan seorang pasangan yang baik kerana mengamalkan doa-doa ke arah kebaikan demi membina rumah tangga pada masa hadapan.

Amalkan doa ini untuk mencari kebaikan

Sumber: TikTok farrich2022, Twitter @ijeebster

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*