(Video) “Pengorbanan seorang ayah” Ayah Kayuh Basikal Hantar Anak Ke Sekolah Buat Ramai Sebak
Rata-rata pengguna media sosial yang melihat video tersebut berasa sebak dan berhasrat ingin membantu agar lelaki itu dapat membeli motosikal.
Di Malaysia, masih terdapat banyak golongan keluarga yang mempunyai pendapatan rendah dan hidup dalam serba kekurangan.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang melihat golongan seperti ini kebanyakannya pasti akan terdetik perasan simpati dan keinginan untuk membantu.
Wanita sebak, lelaki kayuh basikal bersama anak
Begitulah yang dilalui seorang wanita ini sebaik sahaja terlihat seorang ayah sedang mengayuh basikal bersama anaknya di atas jalan raya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @adillahsirazudeen, kelihatan seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil dibonceng anaknya yang berada di dalam bakul yang terletak di belakang basikal tersebut.
@adillahsirazudeen♬ original sound – tokMungSquare🐐 – Hanif 🐐
Kanak-kanak itu lengkap berpakaian sekolah
Pada video sama, kelihatan kanak-kanak perempuan itu sedang lengkap berpakaian seragam yang berkemungkinan sedang dalam perjalanan ke sekolah.
Menjawab pertanyaan seorang pengguna TikTok, wanita ini memaklumkan kejadian tersebut berlaku di Kota Marudu, Sabah.
Mejengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa simpati melihat keadaan dua beranak itu.
Tidak hanya itu, ada juga yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan selain beberapa lagi dilihat cuba berkongsi perkara berkenaan kepada pendakwah selebriti, Ebit Irawan Ibrahim atau lebih dikenali Ebit Lew agar dapat membantu lelaki tersebut.
Sumber: buzzkini
Leave a Reply