vdeo Lelaki Terduduk Tengok Pusara Ibu & Kakak, Baru Dapat Tahu Lepas Dibebaskan 6 Bulan Penj4ra

Pilu. Itulah yang dapat adm1n gambarkan perasaan dialami seorang lelaki ini apabila dia yang baru sahaja dibebaskan daripada temp0h enam bulan di penj4ra tiba2 mendapat tahu bahawa ibunya sudah men1nggal dunia.

Menerusi perkongsian kakak kepada lelaki terbabit di TikTok milik heraalex86, video memaparkan adiknya men4ngis dan terduduk apabila mendapat tahu pus4ra yang berada di hadapannya itu adalah milik ibunya.

Menurut kakak lelaki itu, seb4ik saja adiknya dibebaskan, dia terus membawa lelaki itu ke pusara ibu mereka dan adiknya bagaikan tidak percaya hingga menangis sambil memegang batu nisan di kubur tersebut. Aduhai…

Bukan saja ibu, kakak juga sudah men1nggal dunia 10 hari lalu

Lebih memilukan, bukan ibu mereka saja yang sudah men1nggal dunia, si kakak membawa pula adiknya untuk ke kubur kakak mereka yang baru saja men1nggal 10 hari lepas.

Lelaki itu dilihat tidak dapat berkata2 lagi selain menangis kesedihan setelah mendapat tahu dua orang yang paling disayanginya sudah pergi men1nggalkan dunia ini sewaktu dia berada di p3njara.

Kita kena reda adik… Kakak dah maafkan adik. Maafkan kami tak bagitahu adik masa dalam penjara. Lagi2 PKP keadaan tak mengizinkan,” tulis pemilik video.

Kejadian ini dikatakan berlaku di tanah perkuburan dekat Sempelang, Kota Kinabalu, Sabah.

“Patah hati TERBESAR seorang lelaki adalah kehilangan ibunya”

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata2nya bersimpati dengan nasib lelaki terbabit dan keluarganya atas kehilangan ibu dan kakak.

Ramai yang terus memberi kata2 semangat dan berharap lelaki tersebut tidak lagi mengulangi kesalahannya dan berubah menjadi insan yang baik.

Takziah buat keluarga pemilik video ini. Semoga ia beri pengajaran yang baik buat kita semua.

Sumber : LobakMerah

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*