PORT DICKSON – Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal memberi arahan kepada kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan sebagaimana video tular di laman sosial Facebook pada Ahad.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, video berdurasi tiga minit itu memaparkan sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi.
Aidi Sham berkata, pihak polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman tersebut.
“Kami menyeru kepada mana-mana yang memiliki maklumat kejadian untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
“Seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan atau memberhentikan kenderaan atau melencong kehadiran tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis.
“Pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalulintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam,” katanya.
Tonton Video:
PORT DICKSON – Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal memberi arahan kepada kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan sebagaimana video tular di laman sosial Facebook pada Ahad. pic.twitter.com/YnFbbzl92o
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) December 5, 2021
Sumber SH dan Dashcam Owner Malaysia
Leave a Reply