Apabila insan yang mulia dan baik sewaktu hayatnya telah meninggal dunia, kita akan dapat melihat ramai yang datang mengiringi jenazah dan memberikan penghormatan yang terakhir buat arwah. Itulah apa yang berlaku kepada seorang pemilik bisnes ini.
Arwah, Zamri Juhari, 33, merupakan pemilik Adam Char Kuetiau telah m4ut dalam sebuah kemalangan sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar juadah kepada keluarga.
Pengusaha restoran terkenal dengan hidangan char kuetiau di Permatang Pauh itu telah m4ut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabit nah4s di Kilometer (KM) 133.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Seberang Jaya, Butterworth.
Dalam kemalangan pada sekitar jam 7.15 malam, Zamri Juhari, 33, yang menunggang motosikal jenis Honda CBR 1000, disahkan meninggal dunia di lokasi 1nsiden akibat keceder4an p4rah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kejadian itu membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta.
Beliau berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika pemandu kereta berusia 52 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Seberang Jaya ke Sungai Dua dengan berada di lorong laju.
“Pemandu berkenaan dikatakan tiba-tiba terdengar bunyi dentum4n di sebelah kiri keretanya sebelum ternampak sebuah motosikal berkuasa tinggi terb4bas ke kiri jalan.
“Pada masa sama, sebuah motosikal Yamaha Y15 ditunggang seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai tidak sempat mengelak motosikal berkuasa tinggi itu lalu turut terb4bas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
MOTOSIKAL ARWAH TERHUYUNG-HAYANG
Menurutnya, menerusi hasil siasatan awal, penunggang Yamaha Y15 memaklumkan bahawa ketika berada di lorong motosikal, beliau melihat motosikal arwah dalam keadaan terhuyung-hayang di hadapan motosikalnya.
“Kemalangan itu menyebabkan Zamri yang juga peniaga char kuetiau m4ut, manakala penunggang Yamaha Y15 yang bekerja sebagai pembantu juruteknik kilang pula mengalami luka di tangan dan kaki.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bed4h siasat. Penunggang motosikal Yamaha Y15 turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SEMPAT BERBUAL MENERUSI WHATSAPP GROUP KELUARGA
Menurut adik arwah menerusi akaun Facebook Nur Hidayah, arwah sempat berkongsikan beberapa keping gambar termasuklah gambar juadah yang bakal dihantar kepada keluarganya.
WHATSAPP TERAKHIR
Menurutnya lagi, dia tidak menyangka bahawa apa yang dihantar didalam group keluarga mereka akan menjadi mesej terakhir daripada arwah.
RAMAI YANG MENGIRINGI ARWAH
Seperti apa yang dikongsikan oleh adik arwah, ramai sahabat dan kenalan yang menanti arwah bermula dari bilik f0rensik lagi sehinggalah arwah selamat selamat disolatkan dan disemad1kan di Tanah Perkuburan Masjid Lama Permatang Pauh jam 230 pagi tadi.
Menurut seorang lagi adik arwah menerusi akaun Facebook Shakirah Juhari, ahli keluarga arwah juga hanya mampu menatap wajah arwah buat kali terakhir sebentar sahaja kerana terlalu ramai yang ingin melakukan yang sama.
PENUH SAF SOLAT JENAZAH ARWAH
Menerusi perkongsian gambar oleh ahli keluarga arwah, terlalu ramai yang ingin sama-sama solatkan arwah sehingga penuh saf. Ternyata arwah bukanlah insan biasa-biasa ketika hayatnya jika beginilah penghormatan terakhir daripada dunia kepada arwah sebelum arwah berangkat ke dunia yang abadi.
ARWAH KERAP MENGIMAMKAN SOLAT JEMAAH
Menerusi perkongsian daripada ahli keluarga dan rakan-rakan arwah, arwah seringkali menjadi imam solat berjemaah samada di masjid, surau dan ketika bersama-sama keluarga.
“Meninggal di bulan mulia..”
Ramai juga warganet yang meninggalkan komen dalam bentuk pujian terhadap peribadi arwah, keenakan masakan di restoran arwah dan juga turut menitipkan doa buat arwah.
“Dari customer jadi kawan..”
Ada juga rata-rata yang biasa makan di kedai arwah turut merasa sedih dengan pemergian arwah. Bermula daripada customer menjadi kawan dek kerana sikap ramah dan disenangi oleh orang ramai.
Andai ada berita dan kisah teliti mengenai keperibadian arwah sepanjang hayatnya, pasti ramai yang ingin mengetahui bagaimanakah dirinya. Lihat sahaja pada pengakhiran hidupnya. Sekalipun terlibat dalam kemalangan, penghormatan yang diterimanya benar-benar membuktikan bahawa arwah adalah “seseorang” sewaktu hidup.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah.
SUMBER : FB NUR HIDAYAH, FB SHAKIRAH JUHARI, BERITA HARIAN
Leave a Reply