Video: Ada Benjolan Di Kepala Baby, Ibu Mohon Warganet Doa Selamat Operation

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…

Mata yg sedang melihat, mohon selitkan sedikit doa buat anakanda sy NUR ARISHA BT AMRAN (8bulan)

Disini sy kongsikan sedikit mengenai anakanda sy (Icha)

Mase icha 4bln lbh tibe2 ad benjolan naik betul2 ats ubun² kepala….mase tu x besar mne lg, xde jatuh atau kene ap2.. kami dh buat CT scan n MRI tp doc masih xkenal pasti lagi ketumbuhan jenis ap tu.. semakin hari semakin besar.. CT scan n MRI kami terpaksa buat di hospital swasta krn keadaan.

LIHAT VIDEO DI BAWAH SEKALI

28/3/2021 hari pertama timbul

19/4/21 X-ray

28/4/21 Refer bhgian kanak², refer pakar neurosurgeri

23/5/21 admit wad utk CT scan ptg blik reject sbb x urgent.

30/5/21 buat CT scan kat KTS

2/6/21 refer pakar for results CT scan, doc ckp kne bt MRI. Tp dpt tarikh bln 3 tahun dpn.

10/6/21 buat MRI

14/6/32 refer pakar for results MRI. Pakar bg tarikh utk operation 4/7/21(hari ni)

30/6/21 hospital call bg thu operation postpone lps raya haji 25/7/21.(jujur sy sedih dn kecewa bile dpt thu tarikh operate icha ditangguhkan, sepatutnya hari ni icha operation

..kami perlu menunggu lagi 3mmgu… Tp apakan daya kami perlu menghormati prosedur yg ditetapkan hospital,…)

Kami x berpeluk tubuh, kami usaha dn ikhtiar berubat kampung dn jumpe ustaz..

Dlm keadaan begini ap lg Kami perlu ikhtiarkan utk bantu icha???

Alhamdulillah… Allah hadirkan org2 yg baik, keluarga yg sentiasa mmbntu, kawan2 yg xjemu bagi semngat… Syukur Ya Allah…

Alhamdulillah… Terima kasih x terhingga kpd hamba² Allah yg telah memberi sumbangan kpd icha, sumbangan tu sgt2 membantu kami semasa buat CT scan n MRI kat KTS… Syukur Ya Allah

Kpd semua yg mengenali sy ira/achik dan suami Amran Amy mohon doakan semoga Allah kurniakan kesembuhan pd anak kami.. Semoga Allah makbulkan doa2 kita semua…

Sy izinkan pd sape2 yg nk share kisah icha ni, semoga ad dikalangan Org2 alim mengdoakan kesembuhan icha

Terima kasih Allah atas ujian yg Engkau berikan pd kami.

Kredit: Ira Azira Achik

Perkongsian dari Puan Ira telah mendapat perhatian warganet dengan 3600 komen serta 3000 share.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan icha. Di bawah ada menunjukkan video yg baru dimuat naik oleh Puan Ira di akaun facebook beliau. Sila tonton

Klik disini untuk video

Kredit: Ira Azira Achik

Sumber ChannelPelik.com

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*