Vdeo Minta dibayar dengan beras, pelajar darjah 5 gigih ambil upah mengecat meja

Waktu-waktu getir ini, semua rakyat mengalami kesusahan tersendiri. Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, tak salah untuk kita saling bantu-membantu dengan cara kita yang mampu membuatkan mereka kembali tersenyum.

Datang kerja mengecat

Hal ini samalah seperti seorang pengguna TikTok dikenali sebagai FaeezSaleeh berkongsi video seorang kanak-kanak yang juga pelajar tahun 5 rajin mengecat meja selepas datang bertanyakan kerja yang boleh dilakukan untuk mendapatkan imbuhan.

@mfs_bengkelbesi♬ original sound – Tanah Melayu

Gembira dapat bawa balik beras

Namun begitu, apa yang mengejutkan pengguna TikTok berkenaan adalah jawapan kanak-kanak tersebut ketika ditanya mahu dibayar dengan duit atau pun beras.

Menurut FaeezSalleh, kanak-kanak tersebut memilih dibayar dengan beras dan selepas diberkan β€˜gaji’, dia kelihatan gembira pulang berjalan kaki sambil membawa sekampit beras hasil usahanya mengecat.

@mfs_bengkelbesidya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras😊😊😊#MFsBengkelBesi♬ bunyi asal – Abeyie_Official πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ucap terima kasih kepada semua

Disebabkan video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu tular, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Hanif bin Zakaria itu mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan bantuan dan juga sokongan untuknya.

Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakannya mencari rezeki yang halal buat membantu keluarga pada masa akan datang.

@mfs_bengkelbesiBalas kepada @reilaidora_mira1 done video original♬ bunyi asal – FaeezSalleh

Semoga membesar menjadi anak yang berguna

Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa begitu tersentuh dengan kegigihan kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu.

Mereka juga memuji tindakannya yang bijak mencari peluang untuk bekerja bagi membantu keluarga dan mendoakan agar segala urusan Muhammad Hanif terus dipermudahkan, InnsyaAllah.

Sumber: TikTok FaeezSalleh

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*