Vdeo Allahuakbar. SnggupBerlak0n JadlOKU Sbab ParklngPenuh, Ini AmranDari Ras AdlbaRadzi

PETALING JAYA – Perkongsian sebuah video oleh seorang lelaki mengenai cara mudah untuk mendapatkan parking di sebuah pusat beli-belah dengan berlakon menjadi orang kurang upaya OKU mengundang ke.caman pengguna media sosial.

Melalui video berdurasi 38 saat yang dikongsi semula di laman Twitter itu memaparkan, lelaki tersebut memaklumkan dia pada awalnya sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta kerana pengunjung terlalu ramai.

Bagaimanapun katanya, rakannya yang turut menaiki kenderaan sama mencadangkannya untuk meletakkan kenderaan di petak khas untuk OKU dan salah seorang daripada mereka perlu berlakon menjadi OKU.

“Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara.

“Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia p.elik sikitlah. Betul-betul dia jadi c.acat, ini kalau k.antoi dengan pak guard ni memang m.ati. Tapi, betul-betul dapat parking,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial meng.ecam t.indakan lelaki itu yang did.akwa menyalahgunakan kemudahan disediakan untuk golongan OKU.

“Kemudahan untuk OKU di Malaysia dah lah tak banyak. Lepas itu, masih ada yang salahguna dan memperlekehkan orang c.acat? Memalukan,” kata Deah.

“Kembali ke episod pen.indasan orang kurang upaya secara terang-terangan. Aku kalau pakai kereta tak ada stiker OKU pun tak sanggup nak parking di parkir OKU,” kata Adhura.

“Nampak macam betul-betul c.acat. Harap-harap memang betul, kalau tidak memang tak patutlah buat macam ini,” kata Dr Ted. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 17,000 kali.

Reaksi Dari Senator Ras Adiba Radzi

Kredit : Kosmo/FB

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*