Uyaina ditegur, bergurau mahu bawa rakan jika masuk ke neraka
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menjadi bualan hangat netizen apabila berkongsi sebuah video dianggap keterlaluan bergurau senda di aplikasi TikTok bersama rakan selebriti iaitu Bella Dally.
Menerusi video dikongsikan di laman TikTok miliknya, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad sedang membuat trend tular ‘bercanda’ bersama Bella Dally ketika mereka berdua berada di satu sesi penggambaran.
“Tuhan, jika suatu hari aku masuk neraka.. Maka, masukkanlah juga temanku.
“Temanku lebih banyak salah dari aku. Masa aku (Tak mungkin aku) masuk sendiri Tuhan,”ujar runut bunyi tersebut.
Dalam hantaran tersebut. pengacara berusia 30 tahun itu berseloroh dengan mengatakan enggan terjeremus ke neraka seorang diri, sebaliknya mahu menarik kawannya bersama.
Syurga neraka pun jadi gurauan
Bagaimanapun, gurauan tersebut mendapat perhatian ramai netizen sehingga membuatkan pengacara berbakat besar itu mendapat teguran dan kritikan ramai.
Jangan buat main2
Malah, netizen juga berharap agar Uyaina atau sesiapa sahaja untuk tidak menggunakan topik berkenaan sebagai konten walaupun ia hanya sekadar gurauan.
Bagi netizen, setiap kata-kata itu adalah doa selain tiada manusia yang ingin neraka menjadi tempat akhir di akhirat.
Kecewa terus lepas tengok
Tidak kurang juga ada meluahkan kekecewaan setelah melihat video berkenaan yang dimuat naik oleh pengacara Wanita Hari Ini.
Sumber: TikTok @uyaina
Leave a Reply