Seperti yang semua sedia maklum, Ustaz Ebit Lew antara penceramahan bebas yang disukai tambahan pula beliau menggunakan pendekatan yang lembut dalam menyampaikan ilmu berkaitan Islam. Ustaz Ebit Lew juga kerap memuat naik aktiviti harianya untuk dikongsikan bersama peminat dan orang awam menerusi laman sosial Instagra.
Perkongsian terbarunya mengenai jemputan untuk beliau pergi ke satu rumah yang diajak oleh salah seorang pesertanya ketika program ceramah di Melaka. Selepas usai memberi ceramah ketika itu, seorang bapa telah mengajaknya ke rumah untuk bertemu dengan anaknya.
Bapa itu mengajak Ustaz Ebit Lew berkunjung ke rumahnya untuk bertemu dengan anaknya. Anaknya merupakan Insan Kelainan Upaya (OKU) dan berharap suatu hari nanti dapat bertemu dengan Ustaz Ebit Lew. Menerusi video yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew di laman sosial, pertemuan itu benar-benar mengharukan.
Anak istimewa ini yang dikenali sebagai Azim sangat gembira apabila dipertemukan dengan Ustaz Ebit Lew yang merupakan idolanya. Azim sangat gembira dan menjerit apabila dapat bertemu dengan Ustaz kesayangan ramai itu yang merupakan idolanya.
Perkongsian Dari Laman Sosial Facebook Ebit Lew
“Sebak menangis. Bila selepas ceramah di Melaka ayah adik ni pegang tangan saya. Ustaz tolong saya. Anak saya selalu dengar ceramah ustaz. Dia oku. Nak jumpa ustaz. Nangis dia nak jumpa ustaz”.Kami selalu buka ceramah ustaz padanya. Boleh ke ustaz. Dia terbaring dekat rumah. Nak jumpa ustaz”.
“Sampai rumah saya terus peluk azim. Cium dia banyak kali. Dia menjerit nak cakap. Terima kaseh. Cakap nak peluk”. Keluarga dia terjemahkan apa dia nak cakap. Dia happy masa lepas kena peluk dan cium. Orang diuji berat nanti dapat kedudukan yang tinggi di syurga”.
“Ya Allah berjuta rahmat kau beri pada azim ini berilah sedikit pada saya. Anak begini hatinya sangat bersih dan ikhlas. Pasti tinggi darjat ibu bapa yang menjaga anak oku”. Ya Allah rahmatilah dan berilah kebaikan buat keluarga ini. Dan rahmati semua ibu bapa tabah lain di luar sana”. Ya Allah nangis bila dia happy jumpa saya. Saya lagi happy syukur dapat berjumpa azim. I love you azim”.
Menurut Ustaz Ebit Lew, ketika sampai beliau sampai dirumah Azim, beliau terus memeluk dan mencium penghuni syurga itu dan berasa gembira dapat bertemu dengan insan istimewa tersebut. Beliau turut memberitahu betapa mulianya kedua ibu-bapa Azim yang menjaga anak-anak OKU kerana insan tersebut mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah S.W.T.
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply