Ulangi pendirian, Anwar Ibrahim tegaskan tidak akan ambil gaji Perdana Menteri

Dalam sidang media sebentar tadi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya sekali lagi untuk tidak mengambil gaji Perdana Menteri seperti dijanjikan sebelum ini.

Menurutnya, keputusan tersebut merupakan langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

“Fasal apa nak paksa saya tidak terima gaji,”ujarnya dalam sidang media.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media mengenai pendiriannya berhubung gaji Perdana Menteri.

“Semua fikir gaji, kontrak saham, makanya saya memilih untuk menolak gaji Perdana Menteri,”tegasnya.

Terdahulu, Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk tidak akan mengambil gaji sebagi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk sebuah kerajaan.

“Saya tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri sebab saya malu untuk mengambil pendapatan bulanan RM80,000 apabila penduduk Orang Asli sukar mendapatkan RM400 sebulan, termasuk mereka yang menerima pendapatan RM1,500 (gaji minimum),”katanya sewaktu ceramah di Taman Orked, Sungai Siput.

Malah, langkah itu didorong oleh kesusahan yang dialami rakyat berikutan kerajaan sebelum ini didakwa tidak mengambil tindakan berkesan terhadap kenaikan harga barangan.

Sumber: Astro Awani 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*