Tvmbuk bertubi-tubi, tular mat motor bel4sah pakcik di tengah jalan raya

Tular satu rakaman video memaparkan seorang warga emas dibelasah seorang penunggang motosikal dipercayai berlaku di Padang Jawa, Shah Alam hari ini.

Seorang pengguna laman Facebook, Mohd Faizal Wahid memuat naik rakaman berdurasi 22 saat itu memperlihatkan warga emas tersebut dipukul bertubi-tubi di sebelah kereta Honda City berwarna hitam.

Menurut Mohd Faizal, difahamkan kejadian tersebut dikatakan berpunca kerana perselisihan faham antara kedua-dua lelaki itu akibat kemalangan jalan raya.

“Kejadian berlaku kat Padang Jawa. Kau orang luar kalau kemalangan macam mana pon jangan la kau belasah orang tua ni dah tentu orang Padang Jawa.
“Tak pasal pasal kau kena angkut ke balai polis. Kalau bapa aku kau buat macam ni, memang kau manusia tak guna.
“Kat Malaysia ni kalau sesiapa pun pukul orang confirm cerita balai punya,” tulisnya sekitar tengah hari tadi.

Menerusi video tular di laman Twitter pula, kelihatan seorang lelaki dipercayai orang awam seolah-olah bertindak sebagai ‘orang tengah’ dengan meminta penunggang terbabit menghormati warga emas berkenaan.

“Kau tak boleh hormat ke orang tua?”

Sementara itu, muncul satu lagi video dipercayai berkaitan dengan kejadian tersebut apabila netizen mendakwa bahawa penunggang berkenaan telah ‘dikutip’ sebelum turut menjadi mangsa pukul oleh sekumpulan orang awam.

Penunggang kena belasah balik?

Namun begitu, setakat ini tiada sebarang perkembangan atau kenyataan pihak polis berhubung kejadian terbabit.

Sumber: Facebook Mohd Faizal Wahid & Otai , Twitter ikmalikram10

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*