Islam merupakan agama menyeluruh. Semua ajaran dan amalan hidup berlandaskan al-Quran serta as-Sunnah, bukan sesekali bergantung sepenuhnya kepada pegangan tertentu.
Namun begitu, tular sebuah video di laman Facebook memaparkan seorang lelaki melambung-lambung seorang bayi sambil diperhatikan jemaah lain di dalam sebuah masjid.
Seorang pengguna Facebook, Faris Bin Hassan Gadneh berkongsi video tersebut mendakwa kejadian itu adalah upacara yang dilakukan agar bayi dapat menjadi wali apabila besar nanti.
“Baru tau saya. Ritual lempar bayi di masjid (biar jadi wali). *Wali murid, wali band, dan lain-lain (mempersoalkan),” tulis Faris Bin Hassan Gadneh semalam.
Menerusi rakaman berdurasi 12 saat itu, lelaki terbabit yang lengkap mengenakan pakaian solat selain berkopiah dilihat beberapa kali melambung bayi berkenaan sambil berjalan.
Lelaki tersebut juga kedengaran membaca sesuatu ayat sebelum disahut ‘amin’ oleh sekumpulan jemaah lain yang berada di situ.
Posting berkenaan dikongsi sebanyak 2,000 kali dan meraih hampir 1,000 tanda suka selain 1,300 komen dalam kalangan netizen.
Rata-rata mempersoalkan perbuatan lelaki terbabit yang disifatkan jauh menyimpang dari agama, seolah-olah mendahulukan adat berbanding agama.
Malah, terdapat juga segelintir netizen menganggap perbuatan melambung itu boleh mengundang bahaya yang sepatutnya hanya dilakukan oleh doktor profesional.
Bila adat dahului agama
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung video tular itu tetapi berdasarkan ayat dilafazkan, kejadian dipercayai bukan berlaku di Malaysia.
Tonton video ulasan:
Sumber: Facebook Faris Bin Hassan Gadneh & Yuda Hanafi
Leave a Reply