Sebagai orang Islam, beribadah merupakan satu tuntuan yang wajib dilakukan oleh setiap insan. Oleh sebab itu, tidak kira pangkat ataupun kedudukan kita, beribadah adalah kewajiban semua.
Jadi, menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, dia telah berkongsi situasi yang dihadapi olehnya bersama seorang pekerja warganegara Bangladesh.
Selalu baca al-Quran masalah kita hilang
Menurut pengguna Facebook yang dikenali sebagai Imran Kasran, dia telah menceritakan bahawa menemui seorang pekerja Bangladesh setiap kali dia ke surau sekitar waktu Maghrib hingga Isya’ untuk membaca al-Quran.
Dia telah menegur tukang cuci itu berkenaan jumlah bacaannya setiap hari. Ketika itu, tukang cuci tersebut turut memberi pesanan kepadanya bekenaan amalan membaca al-Quran ini.
Mungkin kau tak dikenali di dunia tapi dikenali di langit
Berasa terkesan dengan kata-kata lelaki tersebut, pengguna Facebook yang juga kakitangan hospital itu berasa insaf dan mengakui kebesaran daripada Allah S.W.T.
Dia juga menyedari bahawa pangkat dan kedudukan bukan jaminan kita untuk ke syurga tapi amal ibadah kita yang membawa kita kesana.
Sehubungan dengan itu, dapat kita pelajari disini bahawa tidak kira siapa pun kita, amal ibadah adalah salah satu cara kita menjadi lebih baik dan dipandang mulia disisi tuhan walaupun ketika di dunia kita tidak disanjung.
Sumber : Imran Kasran
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply