Hari ni takde r0tan. – Tomok mengaji al-Quran sambil diajar isteri

Mendidik anak berkenaan ilmu asas agama adalah merupakan antara perkara wajib dilakukan oleh para ibu bapa. Ianya disarankan sejak anak masih kecil agar mudah untuk membentuk sahsiah diri. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Bagi penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, dia dan isteri turut mengamalkan pengajaran mengaji al-Quran di rumah.

Baru-baru ini, penyanyi berusia 36 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan isterinya, Siti Rahayu Abas sedang mengajar anak-anak mereka, iaitu Arrian dan Andra mengaji.

Bukan Arrian dan Andra sahaja yang belajar mengaji, penyanyi lagu Bagaikan Bidadari itu dilihat turut sama belajar dengan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Alhamdulillah, hari ini takda rotan kat sebelah,” tulis Tomok di bahagian kapsyen.

Difahamkan lagi, kapsyen itu merujuk kepada ‘posting’ terdahulu di mana Tomok berkongsi gambar isterinya yang memakai telekung sambil memegang sebatang rotan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Alahai, ni barulah betul pasangan yang ‘sweet’! Walaupun sudah meningkat usia, tidak salah untuk pasangan suami isteri bersama-sama menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi memperbetulkan bacaan al-Quran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya memberi pelbagai reaksi positif terhadap perkongsiannya tersebut.

Alhamdulillah so sweet

Kalau salah sebut, piutuskan tali gitar

Isteri dan ibu yang hebat

Suami idaman wanita solehah

Vokalis kumpulan New Boyz itu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.

Sumber: Instagram Tomok

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*