“Tolong Saya ” Ya Allah, seram tengok. 10 Gambar Terkini Mangsa Banjir Dapat Diselamat kan

Keadaan banjir yang semakin memburuk di beberapa kawasan di Malaysia sememangnya mencetuskan rasa khuatir dalam diri setiap penduduk di Malaysia. Banyak Kawasan da tengelam

Ada sahaja berita mangsa yang terkandas dan belum menerima bantuan terutamanya yang terperangkap ditengah jalan raya.

Namun begitu, para pemandu yang sedang menghadapi bencana alam ini diminta untuk tidak cuba-cuba meredah air bah kerana boleh membahayakan nyawa sendiri.

Mujur cepat bertindak

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook apabila memuat naik situasi panik setelah melihat seorang wanita hampir dibawa arus apabila kereta yang dinaikinya tenggelam

Menerusi muat naik daripada Ct Norzirah di Facebook, dia dan suami bergegas meredah air banjir menyelamatkan wanita pertengahan usia itu.

Terperangkap dalam kereta

Menurutnya, wanita tersebut telah menjerit ke arah anaknya untuk berlari mendapatkan bantuan terdekat memandangkan dia masih terperangkap di dalam kereta.

Syukur Makcik Selamat

Allahuakbar

Tanpa berlengah, pengguna Facebook itu dan suami segera memberikan bantuan dan syukur mangsa dapat diselamatkan. Namun begitu, kereta mereka telah tenggelam dalam air banjir yang agak deras.

Terima kasih beri bantuan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui berasa panik dan seram melihat situasi banjir yang sedang berlaku.

Mereka juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pengguna Facebook itu kerana segera memberikan bantuan bagi mengelakkan berlaku kemalangan jiwa yang lebih parah.

Keadaan Banjir Di Tempat lain

Ya Allah Selamat kan lah Mereka

Admin Akan Update yang terkini nanti

Sumber : newz24u

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*