Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu petang semalam, lapor Bernama.
Lebih memllukan apabila m4ngsa, Ami Azzizol Abu Bakri baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isterinya Syarifah Ramli enam hari lalu.
Menerusi laman Facebook, berita duka itu dikongsi kakak ipar mangsa Asma Ramlee dengan memuat naik sebuah posting berdoa agar urusan pencarian Ami atau dikenali sebagai Ijo dipermudahkan.
Tiada d4ya up4ya kami selain Allah
Adik ipar saya l3mas di Tasik Kenyir, j4sadnya masih belum ditemui. Baru 6 hari dorang kahwin, berat ujian ni buat kami sekeluarga.
“Minta kawan2 doakan urusan pencarian m4ngsa dpermudahkan… Aamiin ya rabbal alamin,” tulisnya dengan berkongsi gambar pengantin baru.
Selain itu, beberapa tangkapan skrin status WhatsApp dipercayai luahan hiba isteri m4ngsa yang berusia 22 tahun itu turut tvlar sehingga mengundang sebak orang ramai.
Mohon doa semua…
Timbul la… sayang rindu ni
Namun tidak lama kemudian, saksi dikatakan nampak mangsa terkapai-kapai meminta tolong dipercayai mengalami kek3jangan otot.
“Seorang daripada saksi terbabit yang juga anak pemilik rumah rakit, dikatakan cuba memberi pertolongan tetapi hampir l3mas kerana m4ngsa memavt belakangnya,” katanya.
Susulan itu, m4ngsa yang berasal dari Dungun dilaporkan terus tenggelam dan tidak dapat diselamatkan. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan.
Sumber: Bernama , Facebook
Leave a Reply