Tiada majlis konvo, pemuda bergraduasi depan rumah dengan abang pos men

Umum sedia maklum bahawa tahun ini, tiada sebaran majlis ataupun istiadat konvokesyen dilakukan di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) baik awam ataupun swasta.

Hal tersebut berikutan wabak pandemik yang melanda negara bahkan seluruh dunia sehingga membuatkan seluruh masyarakat perlu menjalani norma baharu kehidupan dengan sentiasa menjaga jarak.

Majlis graduasi depan rumah

Oleh sebab itu, sesetengah IPT di Malaysia mengambil inisiatif dengan menghantar sahaja sijil para graduan menggunakan perkhimatan pos ke rumah masing-masing.

Perkara tersebut turut dirasai sendiri oleh seorang graduan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila menerima sijil ijazahnya melalui pos dari perkhidmatan J&T dan diserahkan sendiri oleh ‘abang J&T’ tersebut.

Mesti abang tu pun rasa bangga sama

Momen manis itu dimuat naik ke Twitter dan mendapat lebih dari lapan ribu tanda suka dan satu ribu lebih perkongsian semula di media sosial terbabit.

Rata-rata warganet berasa terhibur melihat ‘majlis konvokesyen’ tersebut yang hanya dibuat di hadapan rumah tanpa sebarang majis istiadat seperti kelazimannya.

Bersedih la pulak penat2 belajar tak rasa konvo

Abang J&T pun melayan

First class degree wehh!

Walau bagaimanapun, rakan-rakan dan juga warganet tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Muhammad Iskandar Zulkarnain apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian Kelas Pertama dari USIM.

Tahniah akhi !

Sumber: iskyzul

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*