Tetamu tinggalkan telur di homestay, pemilik teruja dapat jadi ‘bapa 13 itik’

Setiap kali tetamu menginap di hotel atau rumah sementara seperti homestay, pasti ada sahaja barang yang tertinggal seperti kasut, dokumen dan termasuklah barang peribadi serta berharga.

Namun begitu, berbeza pula dengan apa yang dihadapi oleh pemilik homestay yang dimiliki oleh seorang lelaki apabila dia mendapati terdapat 30 biji telur itik telah ditinggalkan tetamu dan sebahagian daripada telur tersebut telah menetas.

@zakaria_nazir Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang #kedah #itik #swipe ♬ SWIPE – ALYPH

Menceritakan kembali kejadian yang jarang berlaku itu, pemilik homestay berkenaan iaitu Zakaria Nazir memaklumkan pada akhir bulan lalu, sebuah keluarga dari Kelantan membuat tempahan satu malam.

Bagaimanapun, selepas keluarga tersebut sudah selesai menyewa dan check-out, Zakaria datang ke homestaynya untuk mengemas dan dia mendapati tetamu tersebut telah meninggalkan sepapan telur, batang pancing dan sebiji bantal.

“Tetamu itu sebelum ni datang ke sini sebab ada satu pertandingan memancing. Sebab itulah ada batang pancing dan telur itik di homestay,” katanya.

Jelasnya lagi, dia bertindak menelefon tetamu terbabit untuk memaklumkan perkara tersebut namun, mereka meminta Zakaria simpankan dahulu tanpa perlu meletakkan telur itu di dalam peti ais.

Pada 5 November lalu, Zakaria kembali ke homestaynya yang terletak di Taman Teratai untuk melakukan pemeriksaan dan dia terhidu bau yang sangat busuk dari dalam rumahnya itu.

“Masuk rumah saja terus bau busuk seperti bangkai. Saya tak terfikir pula sebarang kejadian pelik atau seram. Saya kemudian pergi periksa dan terkejut mendapati bau busuk semakin kuat dan ada bunyi,” ujarnya lagi.

Alangkah terkejutnya apabila Guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah itu mendapati terdapat beberapa ekor itik telah menetas di atas meja.

Katanya, telur itik yang telah ditinggalkan oleh tetamu pada bulan lalu telah menetas dan ada sebahagian daripada anak itik itu telah mati.

“Ada sembilan ekor menetas dan empat lagi keesokan harinya selepas bawa anak-anak itik tu ke rumah saya di kuarters. Manakala tujuh ekor dah mati, itu punca bau busuk di homestay.

“Keseluruhannya ada 13 ekor yang hidup dan saya menjadi ‘bapa itik’. Kelakar sebab pertama kali berlaku dan saya anggap rare kerana biasanya tetamu tinggal baju atau tuala je,” ujarnya.

Tidak menjangka dengan kejadian paling ‘rare’ berlaku itu, dia mengambil keputusan untuk membela anak-anak itik tersebut dan sanggup menggantikan semula telur sepapan kepada pemilik asalnya.

Sumber: TikTok @zakaria_nazir, @mStar (Iwan Shu-Aswad Shuaib)

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*