Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada tahun ini amat luar biasa kerana ia mendapat sambutan menggalakan di kalangan orang ramai sehingga sanggup bermalam di sekitar kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Bahang kemeriahan dan keterujaan itu bukan sahaja dirasai oleh warga tempatan bahkan mendapat tempat di hati pelancong dan pekerja asing di sini seperti seorang pemuda warga Bangladesh ini.
Teruja sambut Hari Kebangsaan Malaysia buat pertama kali
Menerusi video tular dikongsikan oleh rakan kepada pemuda Bangladesh, dilihat Nahim teruja untuk turun padang bersama-sama ribuan rakyat Malaysia lain bagi menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.
“Apabila ada kawan Bangladesh kau pertama kali nak menyambut Hari Kebangsaan Malaysia,”tulisnya.
@kawannahim #keluargamalaysiateguhbersama ♬ original sound – Kawannahim🇧🇩🇲🇾
Seronok, siap baca ikrar Rukun Negara!
Menariknya, dalam video tersebut Nahim dilihat turut serta mengangkat tangan dan membaca ikrar Rukun Negara bersama pengunjung tempatan yang lain.
Siap ada lagu kegemaran
Malah, Nadim memberitahu dia menyukai salah satu lagu patriotik dendangan arwah Sudirman Haji Arshad dan tanpa disangka, dia menghafal sebahagian lirik tersebut dan menyanyikan semula selepas tamatnya perarakan.
Dia pun ikut baca Rukun Negara
Keletahnya itu ditonton lebih 487,000 pelayar di TikTok dan menerima pelbagai reaksi. Rata-rata warganet memuji Nahim kerana turut serta membaca ikrar Rukun Negara.
Sumber: TikTok @kawannahim
Leave a Reply