(Video) Kanak-kanak Ditemui Dicelah-celah Runtuhan Gempa Sulawesi, Terperangkap Menanti Untuk Diselamatkan

Gempa bumi berkekuatan 6.2 skala richter di Sulawesi Barat hari ini menyebabkan puluhan nyawa terkorban dan ribuan hilang tempat tinggal, lapor Al-Jazeera.

Menurut portal itu, sekurang-kurangnya 34 disahkan maut manakala lebih 600 mangsa cedera selepas gempa bumi itu meruntuhkan bangunan di pulau tersebut awal pagi ini. Pusat gempa berkenaan dikatakan terletak 6 kilometer dari timur laut bandar Majene pada kedalaman 10 kilometer.

Sekurang-kurangnya 15,000 penduduk hilang tempat tinggal termasuk puluhan pesakit dan staf yang terperangkap di bawah runtuhan hospital, lapor portal itu.
“Hospital menjadi rata, ia runtuh,” kata Arianto, wakil agensi penyelamat di bandar Mamuju.

“Ada pesakit dan petugas hospital terperangkap di bawah runtuhan dan kami sedang cuba menyelamatkan mereka,” katanya seperti dilapor media.

Wakil BMKG, Prof Dwikorita Karnawati telah menasihatkan penduduk setempat agar mengambil langkah berjaga-jaga dan berpindah ke tempat selamat susulan risiko tsunami.

“Ada potensi untuk tsunami berlaku daripada gempa susulan. Jangan tunggu tsunami dahulu kerana ia boleh terjadi amat cepat,” katanya, dipetik Al-Jazeera.

Gambar dan video menunjukkan situasi gempa turut dikongsikan di laman sosial. Dalam salah satu video, kelihatan seorang kanak-kanak yang masih hidup terperangkap di bawah runtuhan.

Sumber: Al-Jazeera

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*